Misi SAR Berbaki Dua Hari, Belum Temu Petunjuk Kedudukan Hawari

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Misi mencari dan menyelamat (SAR), Muhammad Hawari Hashim menggunakan dron diperluas sehingga ke Kem Empat iaitu kira-kira 8,000 meter dari aras laut hari ini.

Bagaimanapun, operasi memasuki hari ketiga bermula pukul 9 pagi waktu Nepal itu gagal menemukan sebarang petunjuk.

Ketua Misi Malaysia Everest 2023 (ME2023), Azim Afif Ishak berkata, pihaknya meluaskan radius carian ke Kem Empat selepas tiada sebarang petunjuk ditemukan pada Kem Dua dan Kem Tiga sebelum ini.

“Operasi SAR yang berjalan dua hari sebelum ini membabitkan kawasan Kem Dua dan Tiga berdepan jalan buntu dan tiada sebarang petunjuk ditemukan.

“Pencarian di Kem Empat turut membabitkan kawasan ‘zon maut’ yang sangat berbahaya serta sukar dimasuki pasukan penyelamat,” katanya.

Katanya, pihaknya juga akan meneliti dan menyemak semula gambar dan video yang dirakam di semua kem menggunakan skrin besar bagi mendapat gambaran lebih jelas.

Azim berkata, operasi SAR Muhammad Hawari kini hanya berbaki dua hari selepas pihak berkuasa Nepal memberi lanjutan lima hari bermula Sabtu lalu.

Muhammad Hawari dilaporkan hilang sejak 19 Mei lalu (Jumaat) selepas keluar meninggalkan Kem Empat pada aras ketinggian 8,000 meter dari aras laut.

Sebelum itu pada Khamis (18 Mei) puk 3.30 petang waktu Nepal Muhammad Hawari dilaporkan berjaya menawan puncak Everest. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat