Bukit Aman Buru Individu Ugut Ketua Polis P. Pinang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggerakkan tiga jabatan utama pasukannya bagi mengesan suspek yang terlibat menghantar surat berunsur ugutan kepada Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin, baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, operasi yang sedang giat berjalan itu melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK).

“Siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah melalui suatu komunikasi tanpa nama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Acryl berkata, pihaknya menerima laporan polis mengenai sepucuk surat amaran dan ugutan yang dialamatkan kepada Pegawai Kanan PDRM itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.

Tambah Acryl, surat layang tersebut yang dimasukkan ke dalam sampul surat diterima melalui perkhidmatan Pos Malaysia, Khamis lalu.

“Pemeriksaan awal terhadap sampul surat yang dikirim tersebut mendapati terdapat enam keping replika wang kertas ‘mayat’ dan sekeping nota berbentuk amaran.

“Kandungannya merupakan amaran agar Polis Kontinjen Pulau Pinang menghentikan tindakan agresif memerangi sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lesen di negeri terbabit,” ujar beliau.

“Selain itu, turut dinyatakan melalui surat surat layang tersebut nota berunsur ugutan kepada Ketua Polis Pulau Pinang dan akan membakar kedai serta balai polis sekiranya amaran berkenaan tidak diendahkan,” ujar beliau.

Justeru, Acryl menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana yang cuba mengugut dan mengancam pegawai PDRM dalam menjalankan tugas memerangi kegiatan haram serta jenayah di negara ini. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat