Nasir Bilal Khan pentingkan ilmu

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Hampir 40 tahun aktif sebagai pelakon, Nasir Bilal Khan, 62, tidak mempunyai sebarang perancangan untuk bersara atau memperlahankan kerjayanya itu.

Nasir berkata, kerjaya lakonan adalah satu tanggungjawab yang perlu digalas dengan baik dan positif. “Hidup ini adalah satu tanggungjawab yang perlu digalas dan perlu jawab dengan Allah di akhirat nanti. Begitu juga dengan kerjaya lakonan, kita menyediakan santapan untuk rohani masyarakat. Jika penonton dihidangkan dengan kandungan yang baik, sudah tentu akan memberi kesan yang positif.

“Namun jika penonton ‘makan’ benda yang negatif, pastilah kesannya pun negatif. Kandungan daripada luar seperti lagu dan filem kebanyakan usahanya ke arah negatif. Jadi itu yang kita cuba nak lawan,” katanya.

Menurut Nasir, dia tidak mempunyai rahsia kejayaan untuk kekal relevan sebaliknya hanya berbekalkan ilmu dalam setiap apa yang dilakukan.

“Apa yang penting adalah ilmu. Ibaratnya kalau tiada ilmu dalam agama, kita akan sesat. Begitu juga kalau tiada ilmu dalam lakonan.

“Apapun kena dapatkan ilmu yang betul sebab ada ilmu yang sesat dalam lakonan. Insya-Allah dengan ilmu kerja akan lebih mantap dan berkat,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,601FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat