SPRM Nafi Tangkapan Terhadap Pegawai Khas Menteri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan satu mesej yang disebarkan melalui aplikasi Whatsapp hari ini, berhubung penahanan lima individu termasuk pegawai khas menteri.

Memetik laporan Malaysia Gazette, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Dato’ Sri Ahmad Khusairi Yahaya memberitahu berita berkenaan adalah palsu.

“Berita penangkapan ini palsu, SPRM menafikannya,” katanya ringkas kepada Malaysia Gazette ketika diminta mengulas kesahihan satu mesej yang ditularkan menerusi aplikasi Whatsapp hari ini.

Mesej tersebut menyebut tentang penahanan lima individu yang terdiri pegawai kanan, setiausaha kerja, kontraktor dan ketua parti politik dikatakan berkaitan membantu siasatan ke atas pembelian khas sistem ujian dan peralatan perubatan bagi menentang Covid-19 yang bernilai sekitar RM30 juta.

“Setakat ini 5 org telah di tahan SPRM. Mereka adalah Pegawai Tugas-Tugas Khas 1, YBMK bernama Shukri, SUSK YBMK Sharil Abdullah, SUB Perolehan KKM En Wan, Timb SUB Perolehan KKM En Fauzi dan seorg kontraktor Ketua Pemuda UMNO Tg Piai En Yusri.

“Semua mereka ini telah kantoi dan ada transaction duit berjuta. Menteri Kesihatan Adham Baba juga terlibat dan sekrg cuba minta tolong SPRM dan PM utk gugurkan kes,” menurut mesej yang tersebar hari ini.

Sebuah portal berita tempatan juga hari ini melaporkan SPRM sedang menyiasat sebuah syarikat yang didakwa secara tidak layak mendapat kontrak kelengkapan makmal dianggarkan bernilai RM30 juta.

Menurut laporan The Malaysian Insight tersebut, difahamkan syarikat sama mendapat kontrak membekalkan kelengkapan sistem makmal di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba semalam menyatakan kesediaan pihaknya bekerjasama dengan agensi rasuah bagi memastikan kementeriannya bersih dan berintegriti, ketika ada desas-desus pegawai di kementeriannya disiasat oleh SPRM.

Pada 30 April lalu, peguam Wee Choo Keong meminta KKM bersikap telus berhubung kontrak perolehan yang diberikan kepada sebuah syarikat yang didakwa tidak layak, yang membabitkan usaha melawan Covid-19.

Beliau mendakwa syarikat itu adalah sebuah syarikat pemaju hartanah tetapi mendapat kontrak melengkapkan makmal bagi tujuan saringan jangkitan dan kemudian untuk membekalkan PPE.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat