Pasar Chow Kit Memang Dah Tutup Sejak 28 April

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Awal pagi tadi netizen dikejutkan dengan berita perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di pasar Chow Kit, setelah ada dakwaan 10 kes jangkitan Covid-19 dikesan berlaku di situ.

Begitupun, berdasarkan makluman dalam saluran aplikasi Telegram yang dikendalikan  Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebentar tadi, tiada pengumuman mengenai perlaksanaan PKPD di Chow Kit seperti yang diwar-warkan – setakat ini.

Tapi kita juga tahu bahawa tindakan drastik perlaksanaan PKPD pernah diambil seperti yang berlaku di Pasar Borong Kuala Lumpur, bertujuan mengelak pekerja asing di kawasan tersebut dari melarikan diri.

Namun golongan anti PKP-Bersyarat (yang mula dilaksanakan sejak semalam) telah mengambil peluang dari maklumat ini untuk mengecam kerajaan. Kata mereka inilah bukti kerajaan tidak efektif, buat keputusan tergesa-gesa dan akhirnya membahayakan keselamatan rakyat yang mengunjungi pasar tersebut semalam setelah PKPB dilaksanakan.

Dakwaan ini tidak benar. Berdasarkan laporan media, pasar Chow Kit memang telah ditutup sejak 28 April hingga 13 Mei akan datang untuk tujuan saringan dan pembersihan.

Tidak ada pengunjung pun disitu.

Begitu juga dengan beberapa pasar lain di seluruh negara, hasil pengesanan di pasar borong Kuala Lumpur.

Apa pun berdasarkan perkembangan ini, rakyat sudah boleh mengelak dari mengunjungi pasar-pasar basah ini sebagai langkah berjaga-jaga.

-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat