Bini Aku Dah Boikot Jakel Dari 2017

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Walaupun telah memohon maaf atas keterlanjuran yang dilakukan, namun isu berkaitan gedung tekstil Jakel makin hangat diperkatakan.

Malah ada dikalangan netizen yang melancarkan kempen memboikot produk syarikat tersebut kerana tersinggung dengan kenyataan yang disifatkan menghina golongan Melayu.

Terbaru pemilik syarikat Jutawan Produk, Datuk Kamarul Ariffin Jainal Abedeen berkata pihaknya telah lama berhenti membeli produk dari gedung terbabit.

“Malam lepas buka puasa isteri aku ajak gi Jakel nak beli tudung, biasalah bulan puasa bila ko bawa kereta mau 2 jam cari parking maka aku naik lah motor demak sambil bonceng bini.

“Sampai betul depan pintu jakel area parking (ada port baik utk motor) aku masuk terus matikan enjin. Datang pak guard terus halau kami katanya kat situ dah dikhaskan untuk kereta (macam hanat aku rasa mentang2 lah aku naik motor cam ayam).

“Dengan hati panas aku start motor terus balik umah. Atas motor bini aku membebel pasal kena herdik ngan staff jakel sambil bagi idea balik umah ambik FERRARI gi balik JAKEL kita tengok siapa yang kena (bini aku ni kalau tak pushati lain macam sikit),” katanya di laman Facebook semalam.

Kamarul turut menasihati pemilik Jakel agar jangan bersikap kurang ajar tanpa mengira status seseorang itu.

“Memang betul awal-awal diorang ini pandang sengkek kat kami. Bila dengar jer ekzos FERRARI dari jauh dah lambai-lambai panggil suruh parking betul-betul dekat depan pintu. Tak ke hawau tu. Masa tu lah BOS JAKEL (yang viral sekarang) datang dekat kereta kami layan baik-baik. Inilah kisah antara dua darjat.

“Maaflah JAKEL kami datang hanya untuk show off pastu balik sebab tak ada tudung yang berkenan di hati. Tambah lagi bini aku sekali dia dah bengang tiada maaf bagi mu katanya. Lebih baik pakai tudung harga 10 hengget. Bini aku dah BOIKOT JAKEL dari 2017.

“Aku pun 786 tapi tak adalah nak kurang ajar dengan orang lain. Kaya mana pun kau, apa bangsa pun kita, adap kena jaga. Jangan jadi haprak, sombong dan angkuh,” tegasnya lagi.

Sehingga kini, catatan Kamarul itu telah menerima 12.9 ribu tanda like dengan 3.1 ribu komen serta dikongsi hampir 3.8 ribu pengguna media sosial sebagai tanda sokongan.

Adik kepada Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Muzaffar sebelum ini di kecam hebat kerana dikatakan mengeluarkan kenyataan menghina orang Melayu.

Dia didakwa mengeluarkan kenyataan tersebut ketika menjawab pertanyaan pengguna media sosial mengenai prosedur operasi standard Jakel yang kembali beroperasi susulan pengumuman Putrajaya pada Jumaat lalu.

“Kesian aku dengan orang Melayu. SOP tu bahasa Melayu pun tak pandai baca” tulisnya di Instagram Stories pada 1 Mei lalu. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat