Restoran berkonsepkan Jepun Aburii memberikan pengalaman Wagyu Yakiniku mewah dan menyeronokan

- Advertisement -

Aburii Yakiniku adalah sebuah restoran mesra Wagyu Yakiniku yang terletak di tengah-tengah Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur, Restoran ini diasaskan oleh Encik Lin Chi Wong dan rakan-rakannya.

Pemilik dan juga orang dibelakang tabir restoran Aburii iaitu En Lin Chi Wong mempunyai pengalaman bertahun-tahun di dalam masakan jepun dan sentiasa menyempurnakan deria rasa beliau untuk mencari rasa yang terbaik, Malah pasukan di Aburiii mempunyai pengalaman mengenai makanan jepun yang tiada tandinganya.

Wagyu A5 Aburii yang di import dari wilayah Miyazaki, terkenal dengan menghasilkan  beberapa daging lembu terbaik di dunia. proses pemilihan yang teliti oleh pasukan memastikan setiap potongan Wagyu yang akan disajikan di Abnurii menceminkan mutu dan rasa yang terbaik.

Setiap hidangan mencerminkan kegairahan pemilik untuk mencapai kecemerlangan kuliner dan komitmennya untuk menawarkan pengalaman gastronomi yang tidak dapat dilupakan oleh setiap pelanggan yang datang ke Aburii.

Restoran Aburii mengutamakan khusus dalam penyediaan Wagyu Yakiniku dan juga menawarkan hidangan laut Jepun yang segar.

Selain itu, Aburii juga adalah peneraju dalam Omakase Wagyu di Malaysia, dengan pengalaman lama dibidang tersebut yang dikendalikan oleh Chef Zeniq.

Omakase Wagyu disajikan di meja kaunter yang tinggi, di mana pelanggan akan dilayan oleh chef profesional Aburii.

Aburii menawarkan Wagyu Miyazaki yang mempunyai setifirkat Halal, diimport dua kali seminggu, memastikan hanya BMS11 atau BMS12 Miyazaki A5 Wagyu disajikan.

Pada Ramadan kali ini, Aburii telah memasukan hidangan tempatan ke dalam menu, termasuk rendang daging Wagyu A5 Jepun, yang digemari pelanggan kerana rasanya dan teksturnya yang lembut.

Konsep Aburii menampilkan pengalaman makanan Jepun yang mewah tetapi menyeronokkan.

Beberapa hidangan kegemaran Aburii termasuk kombinasi Wagyu (kombinasi Shibuya 400g dan kombinasi Ginza 600g), gyoza Wagyu A5, Foie Gras unagi tempura, dan ayam goreng arang.

 

 

author avatar
Fendi Ghafar
Venni Viddi Vinchi
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat