Polis terima dua laporan terhadap Dr Akmal, disiasat bawah Akta Hasutan, Komunikasi – IGP

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh ditahan polis susulan dua laporan berkaitan ucapan dan tindakannya berhubung isu stoking tertera kalimah Allah yang dijual di KK Mart.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, penahanan Dr Akmal di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada Jumaat disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“PDRM mengesahkan telah menerima dua laporan polis berkaitan ucapan dan tindakan Ketua Pemuda Umno berhubung isu stoking tertera kalimah Allah di KK Mart.

“Siasatan telah dijalankan ke atas beliau dan kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara setelah kesemua tindakan bagi melengkapkan siasatan diambil,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Justeru, Razarudin mengingatkan orang ramai agar tidak membangkitkan isu berkaitan stoking tertera kalimah Allah ini memandangkan mereka yang terlibat telah pun dituduh dan proses keadilan akan ditentukan oleh mahkamah.

Terdahulu,Dr Akmal memaklumkan beliau ditahan di Lapangan Terbang Kota Kinabalu hari ini.

Beliau tiba di Kota Kinabalu pada jam 10.30 pagi Jumaat bagi menghadiri Kembara Ramadan bersama Pemuda Umno Sabah.

“Saya telah ditahan di IPD Kota Kinabalu pagi ini walaupun telah dijadualkan utk memberi keterangan esok di IPD Dang Wangi.

“Insya-Allah saya akan berikan kerjasama sepenuhnya. Doakan semuanya dipermudahkan,” katanya.

Ketika menaiki kenderaan polis beliau sempat berkata, “no fear, no surrender”.

“Saya tidak akan berganjak walau seinci dengan pendirian kita,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat