Akmal dibebas polis Sabah selepas dua kali ditahan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Jika ini harga yang perlu saya bayar demi mempertahankan agama dan bangsa,saya rela dengan sepenuh hati,” demikian kata Dr Akmal Saleh.

Ketua Pemuda Umno itu tetap istiqamah dalam perjuangannya memboikot KK Mart.

“Alhamdulilah saya telah dibenarkan untuk keluar setelah diambil kenyataan bermula dari jam 10.40 pagi sehingga jam 2 petang tadi.

“Pada asalnya saya diminta untuk berikan keterangan di IPD Dang Wangi esok dan saya memberikan persetujuan untuk hadir ke IPD Dang Wangi pada esok hari,namun setibanya saya di Lapangan Terbang Kota Kinabalu saya ditahan oleh anggota polis untuk dibawa ke IPD Kota Kinabalu,” katanya pada Jumaat petang.

Memperincikan kronologinya, Akmal berkata, keterangan pertama beliau telah mengambil masa 2 jam bermula 10.40 pagi hingga 12.40 tengah hari kemudian barulah dibenarkan untuk pulang.

“Namun selepas saya beri komen kepada media. Penahanan saya dilanjutkan dan saya diminta untuk beri keterangan sekali lagi yang juga mengambil masa dua jam.

“Saya ucapkan terima kasih kepada pegawai dan anggota polis IPD Kota Kinabalu dan saya seperti saya katakan saya akan beri kerjasama penuh.

“Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pimpinan parti yang menghubungi dan membantu saya dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan saya.

“Sepanjang saya ditahan untuk diambil keterangan saya dimaklumkan saya disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi Multimedia 1998,” jelas beliau.

Menurut Akmal, apa pun kesusahan dan cabaran yang dihadapkan kepadanya, ia tidak sesekali mematahkan semangat untuk terus berjuang dan berkata tentang kebenaran demi agama dan ummah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat