Sultan Johor lindungi tanah Orang Asli di bawah ‘Sultanate Land’ – Onn Hafiz

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Johor menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bahawa semua kawasan penempatan dan rizab Orang Asli diletakkan dibawah ‘sultanate land’ supaya tidak ada mana-mana pihak yang boleh berbuat sesuka hati.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, perkara itu bagi memastikan tiada mana-mana pihak yang mengambil kesempatan atau menyalahguna tanah rizab tersebut.

“Mutakhir ini, kerajaan negeri mendapat pelbagai aduan tentang eksploitasi yang dibuat terhadap Orang Asli yang digunakan pihak tidak bertanggungjawab bagi kepentingan peribadi.

“Antaranya adalah penerokaan secara tidak sah tanah-tanah rizab Orang Asli di Negeri Johor yang dibangunkan bagi tujuan hasil komersial. Orang Asli juga sering digunakan sebagai juru pandu untuk memburu hidupan liar yang dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar.

“Tidak cukup dengan itu, ada Orang Asli yang digunakan untuk mengekstraktasi hasil hutan secara haram seperti kayu gaharu dan logam-logam bernilai,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Tambah Onn Hafiz, kerajaan negeri sangat peka dan prihatin terhadap eksploitasi yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab kepada Orang Asli di negeri ini.

“Antara undang-undang yang digunapakai adalah, Akta Orang Asli 1954 (Akta 134), Enakmen Tanah Kesultanan 1934, Kanun Tanah Negara (Akta 828), Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan Kaedah-kaedah Tanah Johor 1966,” ujarnya.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat