Buktikan rakyat Malaysia terpaksa jual buah pinggang – Dr Kelvin Yii

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kemukakan bukti kononnya terdapat segelintir rakyat Malaysia yang terpaksa “menjual buah pinggang mereka” untuk menampung kehidupan,” tegas Ahli Parlimen DAP Dr Kelvin Yii.

Beliau menyifatkan tuduhan pembangkang itu sebagai “dakwaan serius”

Ini memandangkan Ahli Parlimen Bandar Kuching itu yang juga adalah seorang doktor perubatan, menegaskan bahawa menjual organ adalah haram.

Dr Kelvin menjawab dakwaan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang menimbukan perkara itu pada sidang media di Dewan Rakyat semalam bagi mendesak kerajaan meluluskan sekali lagi pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Kalau tidak dapat beri keizinan untuk pengeluaran bersasar (KWSP), apakah cadangan lanjut daripada kerajaan untuk membantu kerajaan untuk bantu rakyat yang susah, yang resah?

“Bahkan, sampai ada yang jual buah pinggang, yang datang berjalan dari Johor ke Istana Negara,” katanya.

Ahli Parlimen Machang itu mendapat perhatian ramai selepas klip video berhubung kenyataannya tular di media sosial.

Sementara itu, Dr Kelvin berkata Wan Fayshal mesti membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya dia mempunyai maklumat mengenai kejadian seumpama itu.

“Ini adalah dakwaan serius Wan Fayhsal. Penjualan organ adalah haram. Jika dia membuat tuduhan sedemikian, lebih baik dia membuktikannya.

“Hakikatnya, dia perlu melaporkannya dan mendedahkan sindiket di sebalik ini. Jika dia hanya menggunakan (dakwaan) sebagai contoh, itu ‘politik murahan yang tidak bertanggungjawab’,” tambahnya.

Begitu juga, Ahli Parlimen PKR Sim Tze Tzin berkata sebagai ahli parlimen dan bekas timbalan menteri, Wan Fayhsal mempunyai tanggungjawab untuk membuktikan dakwaannya.

Untuk rekod, insiden terakhir seorang warga Malaysia dilapor menawarkan untuk menjual buah pinggang kerana masalah kewangan adalah pada tahun 2019. Ia membabitkan seorang penjaja yang menghadapi masalah dengan pemberi pinjaman wang secara haram ataupun ah long.

Kerajaan Persekutuan sebelum ini menolak untuk membenarkan satu lagi pengeluaran KWSP atas alasan ia akan merisikokan simpanan persaraan mereka yang hampir mencapai umur persaraan tetapi tidak terjamin dari segi kewangan.

Kerajaan sebaliknya membenarkan pencarum KWSP yang bergelut dengan masalah kewangan menggunakan Akaun 2 mereka sebagai alat sokongan dalam mendapatkan pinjaman daripada bank.

Pada Isnin, Ahli Parlimen PN Wan Saiful Wan Jan, bersama wakil daripada tiga NGO dan seorang pemandu teksi yang mendakwa berjalan kaki dari Johor ke Kuala Lumpur, menyerahkan memorandum kepada Istana Negara, merayu campur tangan Yang di-Pertuan Agong.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat