Pemandu mabuk rempuh sekatan PKP

- Advertisement -

GARA-GARA mabuk, seorang pemandu merempuh sekatan jalan raya Op Covid-19 di Jalan Tun Hussein Onn, Bintulu, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zulkipli Suhaili berkata, dalam kejadian 11.40 malam itu, pikap yang dipandu suspek meluru laju lalu merempuh papan tanda serta khemah polis, sebelum memecut melarikan diri.

“Anggota polis yang terkejut dengan kejadian itu terus mengejar suspek dengan kereta peronda sebelum berjaya menahannya kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian,” katanya.

Menurutnya, hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati lelaki terbabit berada dalam pengaruh alkohol.

Suspek kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu dan direman empat hari bagi membantu siasatan.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 26(2) Akta Polis 1967/ 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan dan Seksyen 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit ( Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Suspek turut disiasat mengikut Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

sumber: Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat