Masjid Di Jerman, Belanda Laung Azan Beri Semangat Hadapi Wabak Covid-19

- Advertisement -

Berlin – Hampir 100 buah masjid di Jerman dan Belanda melaungkan azan pada Jumaat lalu, sebagai isyarat memberi semangat kepada umat Islam yang sedang berhadapan dengan wabak kononavirus.

Azan turut dilaungkan dari masjid milik Kumpulan DITIB (Kesatuan Islam Turki untuk Hal Elwal Agama) dan IGMC (Persatuan Islam Milli Gorus), salah sebuah pertubuhan Muslim-Turki terbesar di Jerman.

Wakil DITIB di Essen (Jerman), Fahrettin Alptekin memberitahu agensi berita, Anadolu bahawa lebih daripada 50 buah masjid melaungkan azan pada hari itu.

Alptekin berkata, azan dilaungkan menerusi pembesar suara yang pada kebiasaannya tidak dibenarkan di Jerman, kecuali untuk majlis khas.

Sementara itu, di Belanda, lebih banyak azan dilaungkan menerusi pembesar suara untuk menunjukkan solidariti mengekang penularan COVID-19.

Selepas Itali dan Sepanyol, Jerman merupakan negara di benua Eropah paling teruk dilanda pandemik itu.

Angka korban di Jerman meningkat kepada 1,230 orang pada Jumaat lalu manakala di Belanda bilangan yang meninggal dunia melepasi 1,487 orang.

Sejak muncul di Wuhan, China pada Disember lalu, koronavirus telah merebak ke 181 buah negara.

Data yang dikumpulkan oleh Johns Hopkins University menunjukkan lebih 1 juta orang di seluruh dunia telah dijangkiti virus itu, dengan lebih 58,000 kematian direkodkan.

Lebih 225,000 orang telah pulih. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,585FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat