COVID-19: Beli Kopi Lebih 10km, Dua Ditahan

- Advertisement -

LAHAD DATU: Dua lelaki yang pernah ditangkap kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Rabu lalu, ditahan kali kedua pada semalam, ketika merayau-rayau di kawasan Cenderawasih di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.40 petang, suspek yang berusia 19 dan 25 tahun, keduanya bekerja sebagai pembantu kedai.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor, berkata sebelum kejadian sepasukan anggotanya sedang menjalankan rondaan sebelum terserempak kedua-dua suspek menaiki sebuah motosikal merayau-rayau di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, susulan kejadian itu, kedua-duanya ditahan untuk pemeriksaan lanjut.

“Ketika ditanya tujuan mereka, suspek mengatakan ingin membeli kopi. Namun, jawapan itu tidak munasabah kerana tempat tinggal mereka didapati lebih daripada 10 kilometer dari lokasi terbabit.

“Susulan itu, keduanya ditahan lalu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu untuk siasatan lanjut.

“Siasatan lanjut mendapati, keduanya pernah ditangkap kerana melanggar PKP pada Rabu lalu. Namun dibebaskan pada Jumaat atas nasihat Timbalan Pendakwa Raya,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Nasri berkata, siasatan diteruskan mengikut mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan 3(1)Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempat Berjangkit) 2020.

Sebelum ini, dua suspek itu ditahan di Pintu Pagar Utama Felda Sahabat 2 di sini, bersama seorang lagi suspek lelaki kerana melanggar PKP.

Ketika itu, suspek berusia 19 tahun bersama abangnya, 33 tahun, ditangkap melanggar PKP kerana ingin pergi ke kawasan lain bagi mengambil rakan mereka, 25 tahun.

Sumber: Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat