KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar memulangkan paku buah keras kepada pendahulunya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan Menteri Besar Terengganu itu bukanlah calon Perdana Menteri gabungan itu.
“Saya mendapat banyak pertanyaan wartawan mengenai kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa “Dr Sam adalah Pengerusi PN dan bukan calon PM”.
“Siapa pun calon, keutamaan kita sekarang adalah memperkukuhkan PN dan memantapkan muafakat seluruh negara demi menghadapi pilihan raya dengan lebih bersedia.
“Yang pasti Tan Sri Muhyiddin Yassin juga bukan lagi calon Perdana Menteri,” bidas Samsuri.
Sebelum ini Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu menegaskan, pelantikan Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi PN bukan bermaksud beliau ialah calon Perdana Menteri bagi gabungan berkenaan.
Muhyiddin sebaliknya berkata, soal calon Perdana Menteri tidak pernah dibincangkan dan pelantikan Samsuri sebagai Pengerusi PN adalah disebabkan Pas bertegas mahukannya.



