Konon bersungguh perangi rasuah, Anwar sendiri dalam sangkar fitnah rasuah itu – Fadhli

KUALA LUMPUR -Di sebalik kononnya begitu bersungguhnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memerangi rasuah dalam ucapan-ucapan yang dihamburkannya, namun beliau sendiri dilihat berada dalam sangkar fitnah rasuah itu.

Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari bagaimanapun berkata, benar, seseorang tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah.

“Contohnya Timbalan beliau dalam Kabinet kerajaan. Pernah juga pemimpin parti beliau sendiri mendedahkan penerimaan wang kotor.

“Begitu juga sebelum ini Setiausaha Politik beliau didakwa meminta dan menerima pemberian wang. Terkini bekas Timbalan beliau dalam PKR.

“Ketika sama beliau dilihat memanjangkan kontrak jawatan dan seperti memihak kepada Ketua badan yang sepatutnya menguatkuasakan najis berkaitan rasuah, sedangkan dahulunya beliau ‘melalak’ berdemo jalanan mendesak individu itu ditangkap.

“Lebih buruk, tokoh-tokoh politik lawan yang pernah dituduhnya menerima rasuah, termasuk kepada Pas dan Perikatan Nasional (PN), hingga kini gagal beliau kemukakan bukti.

“Kami tumpang bersedih untuk anda yang berterusan gagal melaksanakan pelbagai janji reformasi walaupun dikatakan ada ‘numbers, convincing and formidable’,” sindir Ahli Parlimen Pasir Mas itu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat