AADK tidak berkompromi terhadap salah laku integriti dan rasuah – Ruslin

Oleh Zihan Zari

KAJANG – Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Dato’ Ruslin Jusoh menegaskan tidak sama sekali akan berkompromi mahu pun melindungi mana-mana kakitangannya yang terlibat dalam salah laku dan pelanggaran integriti yang boleh menjejaskan reputasi agensi serta perkhidmatan awam.

Terdahulu media melaporkan tangkapan dua kakitangan AADK Terengganu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan disyaki meminta dan menerima rasuah sebagai balasan membawa masuk artikel terlarang untuk penghuni pusat pemulihan.

Ruslin berkata AADK menyerahkan proses siasatan kepada pihak SPRM dan komited untuk memberikan kerjasama sepenuhnya dalam siasatan tersebut.

“Insiden ini sebagai satu perkara yang memerlukan perhatian serius dan pihaknya akan memberikan kerjasama sepenuhnya dan akses kepada segala maklumat yang diperlukan oleh pihak SPRM bagi memastikan siasatan dapat diselesaikan dengan telus, adil, dan menyeluruh, ”katanya dalam kenyataan.

“Selari dengan prinsip tadbir urus yang baik, AADK akan mengambil tindakan dalaman yang sewajarnya berdasarkan Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, bergantung kepada perkembangan hasil siasatan rasmi, ”katanya lagi.

“AADK akan membuat penilaian serta menambah baik keberkesanan Prosedur Operasi Standard (SOP) di fasiliti AADK bagi menutup sebarang ruang yang boleh dimanipulasi oleh mana-mana pihak pada masa hadapan.

“AADK bertekad sepenuhnya untuk membanteras sebarang bentuk salah laku dan rasuah dalam kalangan warga kerja secara menyeluruh,”ujarnya.

Ujarnya lagi, tindakan paling tegas dan agresif akan diambil terhadap mana-mana kakitangan yang terbukti terlibat dalam kes pelanggaran integriti dan berdepan tindakan perundangan serta boleh dibuang kerja sekiranya didapati bersalah.

“AADK melahirkan penghargaan kepada SPRM diatas tindakan susulan yang diambil hasil daripada laporan AADK berhubung wujudkan salah laku dan pelanggaran integriti oleh kakitangannya, ”tambahnya. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat