KUALA LUMPUR – Pembongkaran besar-besaran kes rasuah Pertamina oleh Pejabat Peguam Indonesia yang membabitkan pengurusan minyak mentah dan produk penapisan.
Skandal mega ini telah memberkas tujuh suspek termasuk lembaga pengarah anak syarikat dan pihak swasta dengan kerugian negara mencecah hampir Rp 200 trilion.
Menurut Tempo, difahamkan bahawa tujuh suspek terbabit termasuk pengarah Pertamina dan broker minyak yang menyebabkan kerugian negara mencapai Rp 193,7 trilion (RM53 bilion).
Kekecewaan sebagian masyarakat semakin menjadi-jadi setelah Kejaksaan Agung (Kejagung) Indonesia membongkar wujudnya modus penyelewengan Pertalite (RON 90) menjadi Pertamax (RON 92).
Akibatnya, tidak sedikit orang yang membandingkan Pertamina dengan perusahaan minyak dan gas bumi milik Kerajaan Malaysia, iaitu Petroliam Nasional Berhad (Petronas).
Perbandingan Pertamina dan Petronas ini dilakukan sejumlah warganet di media-media sosial.
Malah mereka juga memaklumkan Petronas Carigali Sdn. Bhd didirikan pada 1978 sedangkan Pertamina jauh lebih senior memandangkan ia sudah dibangunkan 10 Disember 1957.
Berdasarkan wawancara Tempo bertajuk Mohd. Hassan Marican: Dulu Kami Belajar dari Pertamina pada Isnin, 12 Mei 2008, beliau merupakan bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad Tan Sri Mohd. Hassan Marican mengakui bahwa pihaknya pernah berguru daripada Pertamina.
“Jika dilihat dari kemampuan secara teknik, kami sangat hormat pada Pertamina. Dulu kami belajar daripada Pertamina, terutama tentang productivity sharing contract. Pertamina sebagai perusahaan yang lebih dulu berdiri, telah menggunakan sistem yang menjadi standar dunia, dan kami harus mempelajarinya,” kata Hassan.
Laporan Suara.com pada Disember 2024 lalu memaklumkan dalam Gedung Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Republik Indonesia, Mufti Anam meminta Pertamina segera menghentikan keluh kesah masyarakat dan meningkatkan kualiti Bahan Bakar Minyak (BBM) yang disediakan.
Mufti Anam mendesak Direktur Utama Pertamina, Simon Aloysius Mantiri, untuk memberikan penjelasan yang telus terkait isu ini pada mesyuarat akan datang.
“Kami minta kepada Pak Simon, di rapat berikutnya bapak sudah menyampaikan pada kami paparan yang sejujurnya. Kami minta tindak lanjuti, jangan didiamkan masyarakat yang di media sosial itu,” ujar Mufti Anam.
Lebih lanjut, ia juga membandingkan harga minyak Pertamina dengan Petronas Malaysia yang disebutnya lebih murah hingga 50 persen.
“Kalau memang Pertamina tidak bisa menghadirkan BBM yang murah dan berkualitas, bubarkan saja. Kasih (beri) ke Petronas untuk masuk ke Indonesia agar BBM murah,” katanya.