“Usia atuk-atuk masih main label walaun, madanon cuba matang sikit” – KJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Budaya label-melabel lawan politik seperti gelaran walaun dan madanon disifatkan sebagai kebudak-budakan.

Bahkan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkelakuan matang sejajar dengan usia warga emas dan juga pemimpin utama.

“Bila dah mula guna label keji seperti madanon, walaun maka lama lama akan pergi ke label Khawarij.

“Muhyiddin guna istilah madanon, istilah yang keji terhadap penyokong PH.

“Begitu juga PMX pun pernah guna istilah walaun. Kamu Perdana Menteri guna istilah walaun?

“Bagi saya kedua-dua pemimpin ini kamu umur 75,76 tahun kamu bukan budak-budak nak pakai label macam ni,” bidas beliau dalam podcast Keluar Sekejap.

Come on, grow up guys, seru Khairy menasihatkan Presiden PKR dan Presiden Bersatu itu.

“Adakah pemimpin macam Muhyiddin dengan Anwar dah jadi ‘datuk’ masih lagi nak panggil pihak satu lagi walaun, madanon?

“Kalau kamu tak serius jadi pemimpin berundur, kami akan masuk memimpin,” seloroh beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat