Turkiye, Iraq, Libya, jalin kerjasama dengan universiti awam Malaysia

- Advertisement -

PUTRAJAYA — Malaysia capai persetujuan melebarkan program pengantarabangsaan pendidikan tinggi negara dari segi pertukaran pelajar, pensyarah, penyelidikan dan juga bidang-bidang tumpuan yang boleh dipelopori bersama.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, negara seperti Iraq dan Libya bersedia menawarkan biasiswa lebih besar kepada pelajar-pelajar mereka untuk datang ke Malaysia.

“Ketika di Istanbul, saya menyaksikan majlis tandatangan dan pertukaran persefahaman (MoU) di antara Universiti Utara Malaysia dengan lima buah universiti di Turkiye iaitu Karabuk University, Ankara Yıldırım Beyazıt University, Dicle University, Gebze Technical University dan Mardin Artuklu University.

“Usahasama ini sangat baik terutamanya dalam kita membina rangkaian pendidikan dengan institusi antarabangsa dan pada masa sama proses perkongsian dan pemindahan ilmu serta kemahiran dapat berlangsung melalui pelbagai medium,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau menghadiri Antalya Diplomacy Forum (ADF) 2024 di Antalya, Turkiye sebagai mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam program yang dihadiri lebih 4,000 delegasi dari 100 buah negara ini, Malaysia diberi penghormatan untuk menjadi panelis bagi sesi yang bertajuk ‘Building Asia – Pacific Regional Architectures: The Challenge of Unmatching Interest’.

“Dalam sesi ini, saya telah menyampaikan pandangan Malaysia dan Perdana Menteri berkenaan isu Asia Pasifik yang semakin menjadi perhatian kuasa-kuasa besar dunia.

“Saya menegaskan bahawa Malaysia mahukan sebuah rantau yang bebas daripada sebarang kongkongan mana-mana pihak serta mengambil pendirian untuk bekerjasama dengan semua pihak demi tujuan menjaga kestabilan rantau,” katanya.

Selain itu katanya sepanjang ADF kali ini, beliau juga berkesempatan mengadakan lapan mesyuarat dua hala dengan rakan-rakan lama Menteri Luar.

Antaranya ialah Timbalan Perdana Menteri II Kosovo merangkap Menteri Luar; Menteri Luar Uzbekistan; Timbalan Perdana Menteri Iraq merangkap Menteri Luar; Menteri Luar Kyrgyzstan; Menteri Luar Sri Lanka; Presiden Majlis Tertinggi Negara Libya; Presiden Turkish Maarif Foundation dan Menteri Luar Turkiye.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat