Mohon MOT lanjut subsidi tiket penerbangan kepada seminggu untuk Aidilfitri – MP Libaran

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir merakam ucapan penghargaan kepada Kementerian Pengangkutan (MOT) berikutan pemberian subsidi tiket penerbangan selama 3 hari sempena sambutan hari raya Aidilfitri yang akan datang.

Pun begitu, Suhaimi berharap agar Kementerian Pengangkutan dapat mempertimbangkan untuk melanjutkan tambahan hari bagi pemberian subsidi tiket penerbangan ini kepada seminggu.

“Ini bagi memberi peluang lebih ramai lagi rakyat Sabah untuk pulang berhari raya bersama keluarga.

“Cuma apa yang menjadi perhatian saya adalah bagaimanakah mekanisme pemberian subsidi ini akan dilaksanakan?

“Saya berharap agar Kementerian Pengangkutan dapat memberikan penjelasan serta perincian tentang perkara ini,” katanya ketika perbahasan menjunjung kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Selasa.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat