Kerjasama Mesti Berasaskan Keikhlasan, Jangan Telunjuk Lurus kelingking Berkait – Saarani

LUMUT – Pengerusi Umno Perak, Saarani Mohamad berkata, tindakan Umno tidak akan bekerjasama dengan PPBM dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dan bersama Perikatan Nasional sehingga Parlimen dibubarkan kerana tiada keikhlasan antara kedua-dua parti.

Katanya, penyatuan dan perpaduan antara parti perlu berlandaskan keikhlasan serta hormat-menghormati, seperti hubungan Umno dan PAS dalam Muafakat Nasional.

“Umno mahukan perpaduan, Umno mahukan penyatuan, tetapi perpaduan dan penyatuan, kerjasama antara parti mesti berasaskan keikhlasan, jangan telunjuk lurus kelingking berkait, itu kita tak mahu.

“Masa Muafakat Nasional, ia dibuktikan dengan keikhlasan. Ketika PRK (pilihan raya kecil) di mana kerusi Umno bertanding, PAS tak bertanding, di mana PAS bertanding, Umno sokong PAS.

“Itu buktinya, dan persefahamannya Umno dan PAS saling tak bertemu (kerusi), PAS tak tubuh cawangan untuk curi orang Umno dan Umno tak tubuh cawangan untuk curi orang PAS,” katanya selepas melawat Pangkor.

Semalam, PPBM mengesahkan parti itu menerima surat daripada Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berhubung keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 19 Feb lalu yang memutuskan tidak bekerjasama dengan PPBM pada PRU15 dan hanya bersama kerajaan PN sehingga Parlimen dibubarkan.

Saarani berkata, kerjasama dengan PN di Perak masih seperti biasa dan akan diteruskan sehingga Parlimen dibubarkan.

“Tiada pecat-memecat, tiada pertengkaran. Kami profesional, dalam mesyuarat Exco, kita masih boleh beri pandangan dan bergurau dengan aman damai.” – FMT

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

Berita Berkaitan

UMNO, PAS, Bersatu, PKR & Amanah Bentuk Kesatuan Baharu Depani PRU-15?

KUALA LUMPUR - Gelombang politik baharu tanah air bakal berubah lagi, apabila hari ini Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Aktar Hussin memulakan...

Pelakon Iklan Judi Raya Dibayar Upah RM180 – Polis

PETALING JAYA - Barisan pelakon yang terbabit dalam pembikinan video iklan bertema raya mempromosi judi dalam talian yang tular di media sosial semalam, hanya...

2,331 Kes Baru Covid-19, Lima Kematian Dilaporkan Hari Ini

KUALA LUMPUR - Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara terus mencecah empat angka dengan jumlah kes positif yang dilaporkan dalam tempoh 24 ialah sebanyak 2,331...