TMJ Kagum Dengan Aktiviti Sumbangan Ebit Liew

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan rasa kagum dengan aktiviti kebajikan yang diusahakan oleh pendakwah bebas, Ustaz Ebit Liew.

Tunku Ismail menyatakan demikian melalui satu kenyataan yang dimuatnaik di laman Facebooknya sebentar tadi.

“Saya menerima mengadap Ustaz Ebit Lew pada hari ini. Sejak kebelakangan ini, beliau sering menolong rakyat terutamanya golongan asnaf dan daif yang memerlukan bantuan dengan sumbangan dan usaha-usaha kebajikan.

“Antara aktiviti-aktiviti sumbangan yang paling saya kagumi adalah usaha beliau dalam membantu rakyat dengan peralatan perubatan, bekalan makanan dan barang keperluan asas,” memetik kenyataan tersebut.

Menurut Tunku Ismail lagi, beliau turut memberikan sumbangan untuk aktiviti-aktiviti kebajikan Ebit Liew.

“Saya juga telah memberi sumbangan kepada usaha kebajikan Ustaz Ebit Lew agar beliau dapat membantu lebih ramai lagi rakyat yang memerlukannya.

“Diharapkan beliau selalu dirahmati dan diberkati Allah,” ujarnya lagi.

Selasa lalu, Ebit Liew memaklumkan terpaksa menangguhkan niatnya untuk meneruskan misi bantuan di Sabah kerana tidak dibenarkan berbuat demikian.

Beliau juga mendakwa, boleh dikenakan hukuman denda RM100,000 atau penjara tiga tahun jika niat berkenaan diteruskan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat