19 Kematian, 3,391 Kes Baru Covid-19 Hari Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia mencatatkan 19 kematian hari ini dengan 3,391 kes baharu Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara mencecah 234,874 kes dan 845 angka kematian setakat ini.

“Daripada jumlah kes baharu hari ini, kes tempatan menyumbang 3,387 manakala selebihnya empat kes import pula membabitkan dua warga negara dan dua bukan warga negara.

“Sebanyak 310 kes dalam unit rawatan rapi (ICU) manakala 134 kes lagi memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Katanya, sebanyak 3,392 kes sembuh dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif 185,278 kes sembuh dengan 48,751 kes lagi masih aktif.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,228 kes diikuti Johor (598 kes) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (395 kes),” katanya. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat