CIMB Muktamad Penjualan CARI

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: CIMB Group menyelesaikan penjualan 100 peratus kepentingan ekuitinya dalam CIMB Southeast Asia Research Sdn Bhd (CARI).

CARI ditubuhkan pada 2011 untuk menyokong agenda bersepadu ekonomi ASEAN menerusi penyelidikan dasar dan sokongan dasar.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Pemilik dan Pengerusi CARI yang baharu, Tan Sri Mohd Munir Abdul Majid, berkata beliau berhasrat untuk meneruskan kerja-kerja penyelidikan dan sokongan kumpulan pemikir itu.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada CIMB atas sokongan mereka sebelum ini. Dalam tempoh 10 tahun ini, CARI mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pemikiran dan rakan pengetahuan di ASEAN.

“Saya berharap dapat menerajui CARI ke tahap baharu pada tahun-tahun akan datang, yang akan menyaksikan isu kemampanan memberi cabaran kepada pembangunan ekonomi dan politik,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Abdul Rahman Ahmad, berkata kumpulan berharap dapat menjalin kerjasama dengan CARI pada masa depan.

“Munir menjadi pendorong dalam menyebarkan agenda integrasi ASEAN dan kami yakin CARI akan mencapai kejayaan yang berterusan di bawah kepimpinannya,” katanya.

CARI menerbitkan kertas dasar dan kedudukan yang memberi tumpuan kepada industri memberikan cadangan dasar bertujuan merapatkan jurang dasar di ASEAN.

Kebanyakannya telah diserahkan kepada pemimpin ASEAN, menteri dan badan-badan ASEAN dan dimasukkan dalam dokumen rasmi ASEAN.

Berpusat di Kuala Lumpur, ia mempunyai rangkaian rakan kerjasama yang luas meliputi ASEAN, Asia Pasifik, Amerika Utara dan Eropah.

CARI turut mendapat pengiktirafan daripada Menteri Kabinet dan ketua-ketua kerajaan ASEAN serta negara rakan dialog dengan sebahagian daripada mereka menyumbang kepada penerbitannya.

Tahun lalu, CARI adalah rakan kongsi pengetahuan dalam penerbitan cadangan dasar utama dalam ‘A Pathway Towards Recovery and Hope for Asean’ (Pathway 225), diiktiraf dalam pernyataan pengerusi ASEAN pada November.

-BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat