Anwar ziarah Hadi di IJN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

Lapor Bernama, sejurus selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid al-Firdaus, Bandar Baru Selayang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bergegas ke IJN untuk menziarahi Presiden PAS dan rakannya Sarjana British Profesor Ziauddin Sardar yang menerima rawatan di situ.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata beliau tidak sempat untuk bertemu dengan Abdul Hadi kerana Ahli Parlimen Marang itu sedang menerima rawatan dialisis selepas menjalani beberapa prosedur kesihatan.

“Keadaan Abdul Hadi, saya dapat tahu daripada doktor (bahawa) stabil, hari ini beliau dialisis (manakala) Ziauddin sedang tunggu untuk ambil keputusan untuk prosedur berkutnya.

Kita doakan mudah-mudahan mereka sihat syafakallah, pulih dan dapat jalankan tugas seperti biasa,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi mereka di IJN pada Jumaat.

Hadi, 76, berada di IJN untuk pemeriksaan jantung sejak 1 Januari lepas.

Manakala Ziauddin, 72, yang merupakan penulis pemenang anugerah dan dianggap sebagai intelektual penting di United Kingdom itu pernah berkhidmat sebaga penasihat Anwar ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri sebelum ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat