Akta Kerja 1955 tak relevan untuk industri kreatif – SENIMAN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) kesal kenyataan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menafikan mempunyai bidang kuasa mengambil tindakan atau menetapkan had kerja masa penggiat seni dengan menyifatkannya bercanggah dengan undang-undang.

Menerusi kenyataan dikeluarkan hari ini, SENIMAN mendakwa tindakan FINAS menjadikan Akta Kerja 1955 sebagai rujukan terhadap isu kerja lebih masa tidak relevan dan hanya alasan terhadap isu yang hangat diperkatakan itu.

“Merujuk kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim agar penggiat seni merujuk peruntukan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 bagi isu had kerja lebih masa dalam penggambaran adalah jawapan dangkal.

“Akta Kerja 1955 hanya relevan untuk semua sektor pekerjaan kecuali industri kreatif.

“Cara kerja industri kreatif amat berbeza berbanding sektor lain.

“Jika penggiat seni menjadikan akta berkenaan sebagai rujukan seperti disarankan pasti pelakon, kru, pengarah dan kategori seni lain boleh mendapat manfaat seperti gaji minum sebanyak RM1,500 seperti diumumkan kerajaan, had masa bekerja 8 jam pada waktu pejabat, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) secara wajib oleh majikan.

“Oleh itu, secara logik adakah akta itu sesuai digunakan untuk sektor industri kreatif yang terbabit dengan penggambaran dan persembahan?,” katanya dalam kenyataan itu.

 

SENIMAN mendakwa tindakan FINAS menjadikan Akta Kerja 1955 sebagai rujukan terhadap isu kerja lebih masa tidak relevan dan hanya alasan terhadap isu yang kini hangat diperkatakan.
SENIMAN mendakwa tindakan FINAS menjadikan Akta Kerja 1955 sebagai rujukan terhadap isu kerja lebih masa tidak relevan dan hanya alasan terhadap isu yang kini hangat diperkatakan.

 

Tambah Zed, kenyataan dikeluarkan FINAS tidak selari dengan perjuangan SENIMAN yang berusaha untuk mewujudkan Akta Industri Kreatif Malaysia untuk kemajuan industri dan pemainnya.

“Jadi, apa gunanya SENIMAN berjuang mendapatkan PERKESO di bawah Skim Pekerjaan Sendiri kategori penggiat senior selama berpuluh tahun?

“Kami juga berjuang mendapatkan standard kontrak yang adil supaya dapat caruman KWSP.

“Kami berjuang bagi mewujudkan Akta Industri Kreatif Malaysia seperti golongan nelayan yang memiliki akta sendiri iaitu Akta Persatuan Nelayan 1971.

“Justeru, adakah nelayan juga perlu merujuk Akta Kerja 1955 bagi had kerja lebih masa atau gaji minimum,” tegasnya.

Sebagai badan ditubuhkan kerajaan untuk membantu industri industri seni kreatif, FINAS sepatutnya perlu melaksanakan hala tuju lebih jelas, mewujudkan suasana baik dan mencipta dasar ekosistem asas dengan kerjasama persatuan seni mengikut peruntukan di bawah Akta 244 dan Akta FINAS 1981 (Pindaan) 2013.

Kontroversi kerja lebih masa dalam kalangan penggiat seni hangat diperkatakan apabila aktor Sharnaaz Ahmad mendedahkan masih ada produksi mengamalkan jadual penggambaran hingga 20 jam, sekali gus mengakibatkan pelakon dan kru ‘lunyai’ akibat bekerja lebih masa.

Bengang sikap degil produksi, pelakon filem Jebat ini meminta persatuan penggiat seni yang berkaitan dapat memantau, sekali gus mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan budaya lapuk ini tidak berulang.

Menerusi hantaran dibuat dalam Instagram Stories (IGs), aktor sensasi itu meluahkan kemarahannya terhadap sebuah produksi yang didakwa menjalani penggambaran memakan masa hingga 20 jam sehari.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat