KKM Kenal Pasti 14 Kluster Akibat Rentas Sempadan, Aktiviti Sosial

Bank Tukar Permohoman Moratorium Kepada Pemanjangan Pinjaman Sehingga 18 Tahun, Rugikan Pengguna

CYBERJAYA -- Peminjam pinjaman kereta kecewa apabila permohonan moratorium telah ditawarkan pemanjangan pinjaman. Ada yang dijadual semula pinjaman sehingga 216 bulan (18 tahun) berbanding...

Keputusan Berkaitan PKP Akan Dibuat Selepas Penilaian KKM – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Sebarang keputusan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas 4 Feb hanya akan dibuat setelah penilaian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kata...

Orang Melayu Tak Daftar Jadi Pengundi Kerana Dirasuk Syaitan Penjajah – Abdul Hadi

PETALING JAYA - Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa kaum Melayu hari ini masih “dirasuk syaitan warisan penjajah” sehingga “paling lemah” mendaftar sebagai pengundi,...

Naik Kain Rentang Itu Kerja Orang Luar, Baling Batu Sembunyi Tangan – Shabery

SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mendakwa tindakan mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk...

Kesan Pandemik Covid-19 Dibincang Dalam Mesyuarat MKB Hari Ini – PM

KUALA LUMPUR - Kesan besar pandemik COVID-19 terhadap ekonomi negara yang turut melibatkan perniagaan Bumiputera merupakan antara perkara yang dibangkitkan Perdana Menteri Tan Sri...

PUTRAJAYA – Sebanyak 14 kluster COVID-19 telah dikenal pasti membabitkan rentas sempadan negeri dan daerah serta terlibat dengan aktiviti sosial sejak 7 Dis tahun lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata lima daripada kluster jangkitan itu membabitkan aktiviti rentas sempadan negeri dan daerah manakala sembilan lagi dikesan susulan aktiviti sosial.

“Tiga daripada kluster membabitkan rentas sempadan negeri dan daerah dikesan di Pahang iaitu Intan, Semambu dan Tembok Mempaga, satu di Kelantan (Seragam Chepa) dan satu lagi Ehsan Ibol di Perak.

“Sembilan kluster disebabkan aktiviti sosial adalah Gerbang Pongsu di Perak, Lintas Seraya (Sabah), Sungai Redan (Johor), Maringkan (Sabah), Cassia Diamond (Pulau Pinang dan Selangor), Paginatan (Sabah), Sungai Burong (Selangor dan Negeri Sembilan), Kupi-Kupi (Sabah) dan Bandar Impian (Johor, Kelantan dan Perak),” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata KKM telah mengesan peningkatan kes COVID-19 di tempat kerja pada gelombang ketiga pandemik itu.

“Pada awalnya, jangkitan di tempat kerja membabitkan pekerja asing di tapak pembinaan dan kilang tetapi kini kami melihat lebih banyak pekerja tempatan juga dijangkiti.

“Ini agak membimbangkan dan kami berharap walaupun kelonggaran telah diberikan kepada orang awam, setiap daripada mereka perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Berita Berkaitan

Keputusan Berkaitan PKP Akan Dibuat Selepas Penilaian KKM – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Sebarang keputusan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas 4 Feb hanya akan dibuat setelah penilaian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kata...

Kesan Pandemik Covid-19 Dibincang Dalam Mesyuarat MKB Hari Ini – PM

KUALA LUMPUR - Kesan besar pandemik COVID-19 terhadap ekonomi negara yang turut melibatkan perniagaan Bumiputera merupakan antara perkara yang dibangkitkan Perdana Menteri Tan Sri...

4,076 Pesakit Pulih, 3,585 Jangkitan Baru Covid-19 Hari Ini

KUALA LUMPUR - Malaysia merekodkan 11 kematian baharu dua hari berturut-turut akibat pandemik COVID-19. Angka berkenaan sekali gus menjadikan jumlah korban akibat wabak COVID-19 di...