Lean Kaizen 2025 : PUO terus unggul dalam budaya inovasi TVET berimpak tinggi

Oleh Zihan Zari

IPOH – Politeknik Ungku Omar (PUO) terus memperkukuh komitmen terhadap budaya kerja berkualiti menerusi penganjuran Konvensyen Lean Kaizen PUO 2025 dekat sini baru-baru ini.

PUO memaklumkan konvokesyen ini berlangsung dalam suasana penuh semangat inovasi dan transformasi proses kerja serta menjadi wadah penting dalam membudayakan amalan penambahbaikan berterusan di peringkat jabatan dan unit.

“Sebanyak 8 kumpulan menyertai konvensyen telah membentangkan projek penambahbaikan masing-masing yang merangkumi aspek kecekapan proses, pendigitalan dan inovasi pengurusan.

“Antaranya, EZT SOLUTION – Universiti Teknologi Malaysia (UTM); SMART ACCRED – CQARM ; INNOTRACK – JMSK; JKA SMARTGOV – JKA; AI GENZ – JTMK; E-ONERGY – JKE; CATALYST – JPA; dan PSTECH PUO – CISEC.

“Semua kumpulan telah mempersembahkan hasil kerja yang membanggakan, dengan 7 kumpulan menerima pengiktirafan Emas manakala kumpulan CATALYST dari JPA dianugerahkan pingat Perak.

“Penilaian secara atas talian oleh barisan panel juri profesional jemputan luar iaitu, Sabri Hassan- Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC Selangor); Ts. Mohd Khairul Anuar Jamaluddin – Universiti Teknologi Petronas (UTP); Rusalbiah Che Mamat – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam.

“Tiga kumpulan terbaik telah dipilih sebagai pemenang utama konvensyen: PSTECH PUO – CISEC (Pertama) ; SMART ACCRED- CQARM (Kedua) ; dan AI GENZ – JTMK (Ketiga), ”kata kenyataan itu.

Dalam kenyataan yang sama, Timbalan Pengarah Akademik (TPA) PUO, Norman Zamri menyatakan harapan agar hasil projek yang diketengahkan mampu memberi impak positif terhadap kecekapan proses kerja di PUO.

Norman yang turun padang turut memberi sokongan dan kata-kata semangat kepada semua peserta serta merakamkan penghargaan kepada semua peserta atas komitmen tinggi dan kerjasama mantap sepanjang konvensyen berlangsung.

“PUO berharap agar Konvensyen Lean Kaizen ini terus menjadi platform berkesan untuk memupuk budaya penambahbaikan berterusan, sekaligus menyokong aspirasi institusi ke arah merealisasikan Politeknik Apex yang berdaya saing dan berimpak tinggi, ”katanya lagi -SUARA.TV

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat