WHO Puji Janji-Janji Penubuhan Vaksin COVID-19

- Advertisement -

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melihat keupayaan firma-firma biotek untuk membekalkan vaksin melawan COVID-19 sebagai sesuatu yang “luar biasa” dan mampu mengubah nasib pandemik, kata pengarah WHO bahagian Eropah, Hans Kluge.

Namun begitu, Kluge berpendapat bahawa bekalan awal vaksin adalah sangat terhad dan negara-negara harus memikirkan golongan mana yang akan diutamakan dalam pengedaran vaksin kelak.

WHO sebelum ini berkata terdapat persetujuan untuk menyuntik vaksin COVID-19 kepada golongan warga emas, kakitangan kesihatan dan golongan yang menghidap beberapa jenis penyakit.

Sebelum ini, Britain telah meluluskan vaksin Pfizer Inc dan BioNTech bagi kegunaan kecemasan, menjadikan negara itu yang pertama untuk memulakan proses suntikan terbesar dalam sejarah, pada Rabu.

Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah masih sedang mempertimbangkan kelulusan vaksin buatan AS-Jerman dan meneliti data bagi ujian klinikal vaksin tersebut.

Tambah WHO, data diperoleh dalam ujian klinikal vaksin Pfizer itu sedang diperincikan untuk kemungkinan kegunaan kecemasan, menjadikan satu titik panduan oleh negara-negara dunia untuk meluluskan kegunaan vaksin bagi rakyatnya – Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,587FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat