Singapura Nafikan Laporan Lebih 100 Pekerja Malaysia Merempat

DARURAT AGENDA POLITIK ATAU AGENDA RAKYAT

Oleh Ab Jalil Backer Proklamasi Darurat oleh Yang Di-Pertuan (YDP) Agong pada 13 Januari lalu sehingga 1 Ogos 2021 merupakan jalan paling baik dalam membantu...

Rumah Terputus Dua Dilanda Arus, Cuma Dapat Selamatkan Adik Dan Geran Motor Serta Tanah

RAUB: Bencana alam banjir besar yang melanda dibeberapa negeri seperti di Pahang baru-baru ini menyebabkan ramai orang di kawasan terjejas telah kerugian harta benda...

Hakim perbicaraan kes SRC Najib ditukar ke mahkamah sivil

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mendengar perbicaraan kes pecah amanah dan salah guna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn...

Tidak putus asa, Anwar sekali lagi dakwa ada cukup sokongan

CYBERJAYA: Ketika negara sedang sibuk melawan Covid-19, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti...

“Dorang datang lawat abang lah… lepas ni boleh lah Google Meet di rumah”

SANDAKAN - BESAR betul kesan viral cerita pasal budak 10 tahun dari Kampung Sinar Baru, Batu 12 yang terpaksa pergi bukit dalam ladang sawit...

SINGAPURA: Kementerian Tenaga Kerja Singapura (MOM) hari ini menafikan dakwaan yang terdapat lebih daripada 100 rakyat Malaysia yang merupakan pemegang pas kerja di Singapura, kini merempat kerana tidak mampu untuk menyewa bilik mahupun katil.

Kementerian itu merujuk kepada satu artikel bertajuk ‘Homeless Malaysians in Singapore’ yang disiarkan akhbar The New Straits Times (NST) pada 22 Nov, menerusi temu bual seorang rakyat Malaysia Shahruddin Hael Helmy Mohd Noh.

Berikutan laporan itu, MOM menyatakan mereka telah bertemu Shahruddin pada 23 dan 27 Nov bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan dakwaan beliau, supaya kementerian itu dapat memberikan bantuan yang perlu, kepada pekerja terbabit.

Bagaimanapun MOM menyatakan, yang lelaki itu gagal untuk memberikan maklumat tepat seperti nama dan maklumat hubungan pekerja Malaysia yang merempat itu, seperti yang telah didakwa beliau.

“Beliau akui yang dia tidak pernah bercakap secara terus dengan mana-mana pekerja terbabit dan tidak dapat mengesahkan yang mereka sebenar-benarnya merempat.

“Beliau tidak kenal mana-mana pekerja Malaysia yang tidak mempunyai tempat tinggal dan juga menyatakan yang beliau tidak memberitahu wartawan NST yang ‘lebih 100 rakyat Malaysia di Singapura merempat,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini.

Menurut MOM, Kerajaan Singapura mempunyai satu Pasukan Petugas antara Agensi, yang menjalankan pemeriksaan rutin dan memeriksa di pelusuk pulau dan jika menemui mana-mana orang yang merempat, mereka akan dirujuk kepada agensi berkaitan untuk diberikan bantuan.

Pasukan Petugas itu terdiri daripada pegawai MOM, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga dan juga pasukan Polis Singapura.

“Sebagai sebahagian daripada pemeriksaan rutin, pegawai terbabit telah pergi ke pelbagai lokasi di pulau itu sehingga lewat malam pada 26 Nov, termasuk kawasan yang disenaraikan oleh Shahruddin. Namun kami tidak menemui mana-mana pemegang pas kerja yang tidur di tepi jalan.

Pekerja yang ditemui tidur di tempat terbuka, termasuk pemegang pas kerja, akan diberikan bantuan dan majikan mereka akan diminta menyediakan penginapan dengan segera atau Pusat Pekerja Asing (MWC) akan menempatkan mereka di tempat mereka, jika majikan tidak dapat melakukannya,” menurut MOM.
Mom juga telah telah berhubung dengan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) untuk memaklumkan mana-mana pemegang pas kerja yang ditemui merempat.

MOM menyatakan, dalam beberapa bulan lepas, mereka tidak menerima sebarang rujukan daripada NGO-NGO terbabit.

Kementeria itu mengingatkan para majikan mengenai tanggungjawab mereka terhadap pekerja asing mereka dan perlu memastikan yang mereka mempunyai penginapan yang sesuai ketika tinggal di Singapura.

Kenyataan itu menyatakan, orang awam yang mengetahui mana-mana pemegang pas kerja yang menghadapi masalah penginapan, perlu merujuk mereka kepada MOM atau MWC menerusi talian ‘hotline’ 24 jam pada nombor 6536 2692 untuk bantuan selanjutnya.
– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Tahanan Dirogol Di Dalam Lokap, Dua Anggota Polis Miri Digantung Tugas

KUCHING: Polis Sarawak menggantung tugas dua anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain, ketika ditahan di dalam lokap tahanan Balai...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Berita Berkaitan

Republikan Minta Demokrat Tangguh Prosiding Trump

REPUBLIKAN di Senat Amerika Syarikat meminta Demokrat menangguhkan sehingga Februari prosiding perbicaraan bagi pendakwaan ke atas bekas Presiden, Donald Trump. Hujah mereka, ia bagi membolehkan...

Kilang Pengeluar Vaksin Di India Terbakar

MUMBAI – Satu kejadian kebakaran berlaku hari ini di Institut Serum India yang merupakan pengeluar vaksin terbesar dunia. Bagaimanapun, satu sumber menyatakan bahawa pengeluaran vaksin...

Hishammuddin bersuara di ASEAN

KUALA LUMPUR - Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini mewakili suara Malaysia di depan semua rakan sejawat ASEAN. Berkongsi di Facebooknya,...