Rajinikanth tubuh parti politik baru

- Advertisement -

Pelakon legenda India, Rajinikanth mengumumkan dia menubuhkan parti politik baharu selepas timbul desas-desus mengenai perkara itu, baru-baru ini.

Rajinikanth atau nama sebenarnya Shivaji Rao Gaekwad berkata, parti politik miliknya akan dilancarkan awal tahun depan iaitu lima bulan sebelum Pilihan Raya Tamil Nadu.

Menurutnya, semua butiran mengenai parti politik itu akan diberitahu pada 31 Disember ini.

“Parti politik ini akan menumpukan kepada kejujuran dan bebas rasuah,” tulisnya di Twitter.

Pelakon itu juga mengatakan parti yang bebas rasuah, politik jujur, telus dan tanpa kasta akan memenangi pilihan raya akan datang bersama tanda pagar ‘sekarang atau tidak akan terjadi’ dan ‘kita ubah sekarang, kita ubah semuanya’.

Menurut laporan satu portal berita, keputusan Rajinikanth untuk memiliki parti politik sendiri adalah untuk rakyat Tamil Nadu.

“Jika saya menang, ini bukan kemenangan saya tapi buat Tamil Nadu. Ia adalah sekarang atau tidak akan pernah berlaku,” katanya.

Pengumuman terbabit sekali gus mengakhiri spekulasi bintang berusia 70 tahun ini yang terbabit dengan politik sejak 1996.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat