I miss you guys sometimes actually, seriously kata Peja kepada Adun PH

- Advertisement -

CYBERJAYA: “Saya ingin ucapkan terima kasih kepada rakan rakan seperjuangan saya dalam kerajaan Pakatan Harapan.I miss you guys sometimes actually, seriously,” kata Adun Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika menyampaikan ucapan selepas gagal dalam undi percaya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Dalam ucapan ringkasnya itu, Ahmad Faizal memberikan penghargaan khusus kepada Pakatan Harapan (PH).

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua barisan ahli-ahli dewan undangan negeri.

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada rakan rakan seperjuangan saya dalam kerajaan Pakatan Harapan.

“I miss you guys sometimes actually, seriously,” katanya.

Faizal dilantik menjadi menteri besar semasa PH mengambil alih tampuk kepimpinan negeri dalam pilihan raya umum lalu.

Selepas penjajaran semula politik tanah air yang menyaksikan PH ditumbangkan, dia kekal menjadi menteri besar dengan sokongan BN dan PAS.

Faizal pagi tadi kalah dalam undi percaya yang dibawa oleh wakil rakyat UMNO, menyebabkan Timbalan Presiden Bersatu itu hilang majoriti sebagai menteri besar.

Hanya 10 daripada 59 Adun menyokong usul itu berbanding 48 yang menolak. Satu undi rosak atau berkecuali.

author avatar
Muhammad Arafat
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat