Bagus untuk negara bila UMNO dan DAP boleh kerjasama – Faizal Azumu

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu secara sinis menganggap kerjasama antara UMNO dan DAP ketika menolak usul undi percaya terhadap beliau sebagai satu petanda baik untuk negara.

“Mungkin ini petanda baik buat negara kita apabila UMNO boleh bekerjasama dengan DAP untuk gugurkan saya sebagai Menteri Besar,” katanya ketika ditemubual oleh Astro Awani.

Ahmad Faizal berkata, beliau masih tidak jelas dengan apa yang berlaku namun berdasarkan situasi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pagi tadi, Ahmad Faizal menegaskan, sudah tentu berlakunya rundingan melibatkan beberapa ADUN.

“Begitulah, saya nampak orang politik ini boleh bekerjasama untuk kepentingan kumpulan tertentu, kepentingan individu tertentu.

“Tapi saya masih lagi mengesyorkan kerjasama yang terjalin mestilah demi kepentingan rakyat. Jika saya telah menjadi virus kepada kepentingan rakyat, sudah tentu mereka perlu buat keputusan itu.

“Tapi malang pada diri saya, perkara ini tidak dimaklumkan kepada saya oleh kepimpinan UMNO di Perak,” katanya lagi.

Beliau berkata, meskipun kerap bertemu pemimpin UMNO dan Exco Negeri, namun mereka tidak pernah memaklumkan apa-apa permasalahan kepadanya.

“Tapi mungkin kerana kerusi MB itu terlalu diidamkan menyebabkan percaturan dibuat untuk ketepikan saya,” ujar Ahmad Faizal lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat