KUALA LUMPUR – Keghairahan melombong unsur nadir bumi ataupun Rare Earth Element (REE) jika tidak diurus dengan baik bakal mengundang kemusnahan alam sekitar.
Tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin berkata, perlombongan nadir bumi secara serakah tanpa langkah kawalan mendatangkan banyak kesan negatif misalnya kemusnahan hutan, habitat dan pengumpulan sisa toksik yang mengandungi radioktif.
” Jangan ghairah sangat dengan perlombongan nadir bumi. Kesannya kepada alam sekitar sangat besar.
“Contoh lombong nadir bumi di Australia. Hutan rimba kita dan Rancangan Tanah Felda boleh bertukar jadi padang jarak, padang tekukur,” katanya.
Beliau juga turut mengutip pendapat Kecerdasan Buatan (AI) yang memberitahu, perlombongan nadir bumi boleh merosakkan alam sekitar, walaupun terdapat dakwaan bahawa kaedah baru lebih mesra alam.
Kesan negatifnya termasuk pencemaran air dan tanah, kemusnahan hutan dan habitat, serta pengumpulan sisa toksik yang mengandungi unsur radioaktif semula jadi seperti thorium dan uranium.
Pengalaman masa lalu juga menunjukkan kesan sampingan yang teruk jika tidak diuruskan dengan betul.
Rata-rata pengikut A Kadir juga bersetuju dengan kebimbangan bahawa kegagalan mengurus REE akan mendatangkan malapetaka buruk kepada alam sekitar.



