KUALA LUMPUR – Sebuah kereta jatuh ke tebing selepas tanah berlakunya tanah runtuh di Jalan Maju 1/4 Lembah Maju, Pandan Indah di Ampang pada pagi Isnin.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 4.35 pagi.
“Pihak polis bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Majlis Perbandaran Ampang Jaya telah dikejarkan ke tempat kejadian
“Siasatan awal polis mendapati lokasi kejadian merupakan parkir awam bersebelahan sebuah longkang besar,” katanya dalam kenyataan pada Isnin
Mohd Azam berkata, sebuah kereta jenis Proton Saga yang diparkir di kawasan itu telah terjatuh ke dalam runtuhan tebing.
“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu, pemilik kereta telah dimaklumkan berkaitan kejadian tersebut.
“Pihak berkuasa sedang menunggu analisis pakar cerun untuk usaha mengalihkan kenderaan terbabit,” katanya.