Krisis kemanusian yang sedang berlaku di Palestin menyaksikan berpuluh ribu rakyat Palestin telah menjadi korban tidak kira usia tua ataupun kanak kanak.
Setelah Hampir sebulan ‘bermandi darah’ sehingga kini ramai penduduk Palestin bukan sahaja kehilangan tempat tinggal tetapi turut kehilangan keluarga akibat peperangan tersebut.
Melihat kepada krisis tersebut membuatkan rakyat Malaysia telah membuat inisiatif menerusi semangat solidariti masing-masing.
Turut tidak terkecuali menyahut semangat yang sama restoran Me’nate Steak Hub yang kini berusaha mengumpul dana untuk disalurkan kepada penduduk di Gaza.
Menjalinkan kerjasama dengan Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat Malaysia (SEJAGAT) dan Tabung Kemanusian
Media Prima, Menurut Pengarah Urusan Palace Butcher Resources Sdn Bhd, Syed Ashraf Syed Ali yang juga pemilik Me’nate Steak Hub, pihaknya mensasarkan sumbangan sebanyak RM300,000 kepada Palestin
“Kami namakan kempen ini sebagai “Dine And Donate For Palestine”, dan ia akan bermula pada 6 November 2023 ini dan berakhir pada 20 November 2023.
“Kempen ini akan melibatkan semua pelanggan di semua 13 cawangan restoran kami, di mana Me’nate akan menyumbang 10% daripada hasil jualan sepanjang kempen 15 hari ini kepada Palestin,”katanya.
Menyentuh tempoh kempen yang dianggap singkat sesetengah pihak, balas Syed Ashraf ketika ini misi mereka cukup jelas dalam memberikan bantuan sepantas mungkin kepada mangsa peperangan di sana.
“Ini merupakan kali pertama kempen seumpama ini diadakan, fokus kami cukup jelas untuk memberikan bantuan secepat mungkin kepada rakyat Palestin yang kini terjejas teruk. Bukan sahaja dari segi bantuan makanan tetapi juga perubatan.
“Dengan sasaran yang saya nyatakan tadi, harapan kami hanya satu untuk memastikan mangsa-mangsa di sana diberikan keperluan secukupnya dalam mengharungi tempoh-tempoh yang cukup sukar ketika ini,”jelasnya lagi.
Turut bersyukur untuk melihat semangat rakyat Malaysia yang tidak putus-putus menyalurkan bantuan kepada Palestin, tambahnya sebagai jenama Restoren tempatan yang mempunyai kelebihan untuk menganjurkan Kempen Sumbangan Dana untuk Palestine, pihaknya turut berharap mendapat sokongan daripada pelanggan Me’nate Steak Hub dalam menjayakan usaha murni ini.
“Pastinya saya dahulukan ucapan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan kami yang akan menjadi tulang belakang kepada kempen ini. Bagi saya usaha ini bukan datang dari satu pihak sahaja pastinya kerjasama bersama SEJAGAT dan Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima juga menyumbang kepada tujuan kempen ini.
“Semoga dengan usaha ini sedikit sebanyak mampu mengurangkan penderitaan rakyat Palestin,” katanya bersemangat.
Sementara itu jalinan kerjasama dengan Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat Malaysia (SEJAGAT) dan Tabung Kemanusian Palestin Media Prima diharapkan dapat memberikan impak yang lebih tinggi terhadap kempen ini dan seterusnya memudahkan misi menghantar bantuan ke Palestin melalui saluran yang tepat.
“Sejagat dan Tabung Kemanusian Palestin Media Prima mempunyai pengalaman yang luas dan hubungan yang baik dengan Palestin dalam memastikan dana ini kelak dapat membantu rakyat Palestin yang kini sangat-sangat memerlukan bantuan,” katanya.
“Jelasnya lagi bagi Me’nate Steak Hub ini merupakan pengalaman baru dalammengadakan kempen bantuan kemanusian luar negara seperti ini dan pastinya ianya bukan yang terakhir kerana selama ini sememangnya Me’nate aktif dan komited dalam program Corporate Social Responsibility (CSR) di peringkat tempatan.