Konsert ulang tahun ke 20 ‘Letto’ pada 12 Januari 2024, bertempat di Zepp KL

- Advertisement -

Tanggal pembukaan pada tahun 2024 atau lebih tepat 12 Januari 2024, bertempat di Zepp Kuala Lumpur bakal berlangsungnya sebuah konsert kumpulan muzik yang popular dari Indonesia iaitu “Letto’ bersempena ulang tahun yang ke 20 kumpulan mereka.

Susunan barisan Letto, Noe (vokal), Patub (gitar), Cornel(gitar), Widi (kibod) dan Dhedot (dram) bakal membuat persembahan yang telah dinanti nantikan oleh peminat mereka daripada Malaysia.

Setelah hampir 10 tahun tidak mengadakan persembahan di Malaysia ianya dapat melepaskan ruang rindu buat semua peminat- peminat yang ingin melihat kumpulan Letto untuk beraksi disini.

Dimana ramai kumpulan muzik dari Indonesia yang datang ke Malaysia dan memberi persembahan orkestra, berbeza dengan kumpulan ‘Letto’ bakal menampilkan iringan gamelan daripada 20 orang pemuzik dari kumpulan Gamelan KiaiKanjeng diterbangkan khas dari Indonesia.

“Kami akan menampilkan iringan gamelan daripada 20 orang pemuzik dari kumpulan Gamelan KiaiKanjeng diterbangkan dari Indonesia. Selama ini, kami memang selalu bereksperimen dengan muzik tradisional dan komposisi lagu Melayu dengan sentuhan tradisional Minang,” Ujar Neo.

Unik dan lain daripada kebiasan Letto sememangnya mahukan lain dari yang lain, kolaborasi ini bakal menyaksikan satu persembahan tradisi dan moden yang akan memberi satu kelainan kepada peminat mereka.

Pihak penganjur Qew Comm mengatakan kerjasama muzikal ini bakal memenuhi nostalgia buat semua peminat yang hadir, Percaya pada konsitensi dan populariti yang dipegang Letto, pembukaan 2024 diharapkan akan menjadi tahun yang baik bukan saja buat Qew Comm tetapi buat rakan-rakan penganjur yang lain.

Buah tangan berkualiti dari Qew Communication kali ini sememangnya dijadikan sandaran utama untuk meraikan ulangtahun ke-20 lewat 5 buah album yang telah terhasil selama tempoh itu.

Nilai sentimental yang ada pada setiap bintang yang dihadirkan merupakan kriteria penting ketika Qew Comm melamar Letto. Pasti nya banyak hal menarik yang bakal dikongsi menjelang konsert itu nanti.

Buat semua peminat di Malaysia, pastikan anda hadir dan memberi sokongan dengan membeli tiket dengan berkunjung ke laman www.ticket2u.com.my sebelum ianya habis.

Dapatkan tiket yang sudah mula dijual bermula dengan harga RM159 atau anda akan ketinggalan untuk menyasikan satu persembahan yang unik dan lain daripada yang lain.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat