YBR salur lebih RM479 ribu untuk pendidikan di Terengganu

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU — Yayasan Bank Rakyat (YBR) telah memperuntukkan RM479,599 bagi tahun 2023 yang melibatkan 41 inisiatif di negeri Terengganu.

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, pihaknya menyediakan peruntukan kepada 100 pelajar melalui Bantuan Awal Pengajian kepada pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) sebagai persediaan memulakan pengajian, hari ini.

“Saya percaya melalui bantuan seperti ini sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat serta motivasi pelajar yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian dan mengubah nasib keluarga ke kehidupan yang lebih baik serta mencipta kejayaan di masa hadapan,” katanya di dalam satu kenyataan.

Bantuan tersebut disampaikan pada Majlis idul Ilmi Konvokesyen UNISZA ke 15 di Dewan Gamelan, Primula Beach Hotel.

Turut hadir mencemar duli di Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah diiringi Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah, merangkap Tuanku Canselor UNISZA.

Selain itu majlis juga dihadiri oleh Menteri Besar Terengganu, Menteri Pendidikan Tinggi, Pro Canselor UNISZA, Pengerusi Lembaga Pengarah UNISZA, Ahli Lembaga Pengarah UNISZA dan Naib Canselor UNISZA.

Untuk rekod, bantuan melibatkan 100 pelajar dari kalangan keluarga B40.

Pemilihan dibuat berdasarkan senarai yang telah dikenalpasti oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar UNISZA di mana setiap pelajar yang terpilih bakal menerima peruntukan sebanyak RM1,000 setiap seorang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat