Lelaki Maut Ditikam Selepas Bertengkar Ketika Mabuk

- Advertisement -

IPOH – Seorang lelaki maut dengan kesan tikaman di dada dipercayai dibunuh dalam satu kejadian di Taman Silibin di sini pada Rabu.

Kejadian jam 9 malam itu disyaki berlaku akibat pertengkaran membabitkan mangsa berusia 35 tahun bersama sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, maklumat kejadian diterima daripada Jabatan Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh kira-kira jam 4.15 pagi Khamis.

Menurutnya, polis dimaklumkan bahawa terdapat seorang lelaki yang dibawa oleh rakannya ke hospital itu telah meninggal dunia akibat kecederaan.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah akibat luka tikaman pada dada.

“Sehubungan itu, kes telah diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, polis kemudian menahan tiga lelaki warga tempatan bagi membantu siasatan.

Pada masa sama, katanya, polis sedang mengesan seorang lagi lelaki warga tempatan dikenali sebagai S Alphonsus, 40, beralamat di Jalan Calcutta, Buntong bagi membantu siasatan sama.

“Kita menyiasat punca kejadian kes ini daripada pelbagai sudut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Norshaharah Marzuki di talian 017-4817800 atau Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2542222,” kata beliau. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,580FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat