Vida nafi halang bekas suami jumpa anak

- Advertisement -

CYBERJAYA: Jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida menafikan dakwaab dia menghalang dua anaknya, Edlynn Zamilleen atau Cik B dan Muhammad Eric Zaquan atau lebih dikenali sebagai Kacak untuk bertemu bapa mereka.

Vida berkata, apa yang berlaku sebenarnya Cik B dan Kacak yang tidak mahu berjumpa dengan bapa mereka kerana takut.

“Saya tak pernah halang, tapi mereka yang tak mahu berjumpa kerana takut. Buat masa ini, untuk keselamatan Cik B dan Kacak, lebih baiklah tak payah jumpa,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Ditanya kenapa Cik B dan Kacak takut berjumpa bapa mereka, Vida enggan mengulas lanjut.

“Saya tak mahu besarkan cerita, lebih baik saya diam saja. Selama ini pun, dia ada menghubungi pembantu peribadi saya meminta wang,” katanya.

Terdahulu, bekas suami Vida iaitu Mohd Amin Yasin, 42, menerusi peguamnya, Mohd Zaki Zainal Abidin dan Nik Mohamad Amin Nik Abdullah memfailkan tuntutan hadhanah (hak lawatan, bermesra dan bermalam) dengan dua anak, Cik B dan Kacak di Mahkamah Syariah Kota Bharu, Kelantan, hari ini.

Vida berkata, dia hanya mengetahui tuntutan bekas suaminya itu menerusi media, hari ini.

Mengulas mengenai sebutan semula kes yang ditetapkan mahkamah pada 25 November ini, Vida berkata, dia perlu berbincang dengan peguamnya dulu.

author avatar
Muhammad Arafat
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat