Pilihan Raya AS: Beberapa pusat pengundian mula ditutup

- Advertisement -

WASHINGTON: Sebahagian pusat pengundian di Indiana dan Kentucky mula ditutup pada Selasa petang sekali gus menandakan bermulanya persediaan untuk keputusan bagi pilihan raya Amerika Syarikat (AS) 2020.

Agensi Anadolu melaporkan saluran mengundi dari dua negeri yang terletak di zon Waktu Timur sudah ditutup, tetapi di zon Waktu Tengah masih dibuka kira-kira sejam lagi.

Presiden Donald Trump secara meluas diramal mengekalkan penguasaannya di Indiana dan Kentucky sama seperti pada 2016. Keputusan dijangka dapat diketahui lewat Selasa.

Pusat pengundian paling awal ditutup bermula 7 malam Waktu Timur, termasuk kawasan lain di Indiana dan Kentucky, Georgia, Carolina Selatan, Vermont serta Virginia.

Selain itu, pusat pengundian di Florida dan beberapa bahagian di New Hampshire juga akan ditutup.

Penutupan pusat pengundian paling banyak akan bermula 8 malam membabitkan  lebih 20 negeri dan di Washington, termasuk Michigan, Pennsylvania, Texas dan selebihnya Florida.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat