Ram Singh bawa patung ‘Jane Doe’ bantu pakar patologi tunjuk tempat cedera pada tubuh Zara

KUALA LUMPUR – Pasukan peguam mewakili salah seorang remaja yang didakwa berkait kes buli pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir hadir membawa patung ‘Jane Doe’.

Patung tersebut akan digunakan bagi membantu pakar patologi, Dr Jessie Hiu menunjukkan tempat kecederaan pada tubuh Zara Qairina.

Kehadiran peguam bela remaja tertuduh, Datuk Ram Singh bersama rakan guamannya yang membawa sebuah patung ke Mahkamah Koroner di Kota Kinabalu, pada Khamis mencuri tumpuan wakil media yang hadir sejak awal pagi.

Patung itu bagi membantu Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu, menunjukkan kedudukan serta kecederaan pada tubuh Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, pada prosiding hari kedua inkues kematiannya.

Dr Jessie dijangka menyambung keterangannya dengan menjawab pertanyaan Pegawai Pengendali dari Jabatan Peguam Negara (AGC), selain soalan pihak berkepentingan termasuk ibu dan bapa arwah melalui peguam masing-masing, lapor media di Sabah.

Peguam yang mewakili lima tertuduh remaja berdepan pertuduhan buli di Mahkamah Kanak-Kanak, juga dijangka mengemukakan soalan.

Semalam, Dr Jessie memberitahu mahkamah, hasil pemeriksaan mendapati kecederaan dialami arwah konsisten dengan jatuh dari tempat tinggi.

Beliau juga menegaskan, tidak mungkin arwah jatuh secara tidak sengaja atau ditolak dari koridor tingkat tiga bangunan asrama sekolahnya sebelum ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan itu pada awal pagi 16 Julai lalu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat