Nama karya terbaru zainalabidin diangkat untuk konsert “Tiba Masa Zainalabidin”

- Advertisement -

Setelah 30 tahun lagu ‘Hijau’ yang dipopularkan Datuk Zainalabidin bermain diseluruh corong corong radio dan media sosial, kini telah tercipta satu naskah baru kesinambungan kepada lagu tersebut yang diberi judul ‘Tiba Masa’.

Lagu ini dihasilkan bersempena meraikan empat dekat legasi Datuk Zainal Abidin di dalam industri muzik tanah air, lagu ‘Tiba Masa’ ini telah mendapat sentuhan emas daripada komposer yang disegani, Michael Veerapen, yang bertindak sebagai pencipta lagu, dan dilengkapi dengan bait-bait lirik tulisan Mukhlis Nor.

Terkenal dengan muzik genre kehijauan dan kerohanian, Kebanyakan Karya- karya Datuk Zainalabidin berkisarkan mengenai manusia dan alam sekitar, karya karya nya sentiasa mencuri perhatian buat pendengar malah diterima oleh Masyarakat tempatan dan juga antarabangsa.

Menurut Datuk Zainalabidin, Idea menghasilkan lagu yang berdurasi lebih 3 minit tercetus apabila kesedaran Masyarakat kepada alam sekitar yang saban hari semakin meningkat isu-isu pencemaran dan kemusnahan alam sekitar didalam liputan utama akhbar.

“Saya sudah ingatkan orang ramai semasa menyanyikan lagu ‘Hijau’ 30 tahun yang lalu bahawa kita perlu menjaga alam sekitar, namun tidak ramai yang ambil peduli, akhirnya sekarang kita menanggung akibatnya,” ujar Datuk Zainalabidin.

Datuk Zainalabidin sememangnya lantang dalam menyokong usaha untuk mengekalkan pemuliharaan dan keseimbangan ekologi persekitaran semula jadi dunia, beliau sentiasa gigih memperjuangkan kesejahteraan generasi semasa dan akan dating, selari dengan konsep kelestarian alam sekitar.

Para peminat Datuk Zainalabidin yang ingin mendengar lagu ‘Tiba Masa’ boleh strim lagu tersebut di kesemua platform muzik digital seperti Spotify, Deezer, Itunes, Huawei Music dan di platform media sosial Facebook, Instagram serta Tiktok.

Turut dilancarkan pada hari tersebut adalah video muzik ‘Tiba Masa’ yang telah diarahkan sendiri oleh isteri Datuk Zainalabidin, Datin Angelina Asmawi. Mengambil masa hanya 2 jam sahaja untuk melengkapkan penggambaran, video muzik tersebut mengetengahkan teknologi Al terkini, pertama seumpamanya di Malaysia.

Dengan mengetengahkan latarbelakang alam sekitar, video muzik tersebut telah dipersembahkan buat pertama kalinya kepada para hadirin di majlis tersebut sebelum diikuti dengan persembahan secara langsung daripada Datuk Zainalabidin. Peminat-peminat yang ingin menonton video muzik tersebut boleh ke saluran Youtube

Pada sidang media petang tadi juga Datuk Zainalabidin turut mengumumkan sebuah konsert yang bakal diadakan daripada nama lagu terbaru yang diberi judul konsert “Tiba Masa ZainalAbidin” yang akan berlansung pada 30 September 2023 nanti di Panggung Sari, Istana Budaya.

tiket-tiket konsert telah pun mula dijual sejak 4 Ogos2023 yang lalu di www.ticket2u.com.my dan sambutan yang diterima setakat ini amatlah menggalakkan.

Menawarkan enam tier tiket pada harga bermula RM169 untuk tempat duduk Aras2 sehingga RM865 untuk tempat duduk kategori Emas, pihak penganjur mensasarkan tiket akan habis terjual untuk konsert yang bakal berlangsung untuk satu malam tersebut.

Datuk Zainalabidin dijangka akan membuat persembahan tanpa henti selama 2 jam dengan diiringi barisan pemuzik tersohor antaranya Mac Chew dan Michael Veerapen.

Selain menyanyikan lagu-lagu popular, turut menjadi tarikan konsert “Tiba Masa” adalah kemunculan istimewa Datuk Zainalabidin bersama kumpulan Headwind yang bakal menyampaikan lagu-lagu hit mereka seperti Suraya, Pelangi, Segalanya Mungkin, dan Hanya Di Radio.

Kali terakhir kemunculan Headwind bersama Datuk Zainalabidin dalam sebuah persembahan adalah sewaktu konsert Datuk Zainalabidin pada 5 tahun yang lalu.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat