Jangan anggap ada kedudukan boleh keluar sebarang kenyataan 3R – Ayob Khan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sesiapa sahaja termasuk pemimpin politik yang menyentuh mengenai isu berkaitan 3R iaitu agama, bangsa dan Institusi Diraja boleh disiasat polis.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, polis kini turut melakukan siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kenyataan fatwa politik yang dikeluarkan menjurus ke arah calon bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Parlimen Pulai baru-baru ini.

Menurut beliau, sudah ada laporan polis dibuat terhadap Muhyiddin dan sudah pasti siasatan akan dijalankan.

“Fatwa hanya boleh dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jawatankuasa Fatwa Negeri, individu tidak boleh keluar Fatwa.. ia hanya daripada mufti.

“Sesiapa yang buat kenyataan berhubung isu 3R jika dibuat laporan polis kita akan panggil dia .

“Kita tidak akan kira sesiapa pun, sama ada dia itu Tan Sri Hadi Awang ke atau Muhyiddin Yassin ke, siapapun tidak kiralah,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman hari ini.

Kata beliau, walaupun nasihat dan amaran diberikan oleh PDRM agar semua pemimpin berpolitik tidak menyentuh isu 3R malangnya ia masih berlaku.

“Jangan beranggapan bahawa kita berpolitik dan berkedudukan boleh keluarkan sebarang kenyataan menjurus ke arah isu 3R. Polis tidak akan bertolak ansur,” tegasnya

Sabtu lalu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin didakwa menyatakan haram hukumnya bagi mereka yang mengundi calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat, pada PRK Parlimen Pulai.

Muhyiddin mendakwa, ia sebagai menunjukkan bantahan dan kemarahan pengundi di Parlimen Pulai berikutan Kerajaan Perpaduan tidak membantu rakyat dalam kesusahan. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat