Tindik hidung hanya fesyen – Masya Masyitah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bukan sengaja meraih perhatian, sebaliknya penyanyi, Masya Masyitah tampil dengan imej dan pakaian bersesuaian untuk video muzik single terbaharu, Simpanan.

Namun, pakaian Masya sebagai wanita berhijab dikatakan menyakitkan mata, sekali gus, mendapat kecaman ramai.

Pun begitu, Masya atau nama sebenarnya, Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff, 22, berkata, penampilannya berubah mengikut penambahan usia, namun, beberapa foto dimuat naik di laman Instagram adalah sedutan daripada video muzik Simpanan.

“Semakin meningkat dewasa, saya juga melalui fasa memilih penampilan bersesuaian dengan usia. Saya masih tak terikat dengan mana-mana fesyen, mana yang dirasakan selesa dan tak berlebihan, itulah yang saya pakai.

“Namun, penampilan di tempat awam berbeza dengan penampilan dalam video muzik. Ini kerana ada jalan cerita yang ingin disampaikan menerusi video muzik Simpanan.

“Ini semua hak individu, ada yang kisah dan sebaliknya. Saya pilih gaya video muzik seperti ini.

“Kepada peminat, tonton video muzik saya dahulu barulah buat penilaian,” katanya kepada BH Online.

Menjawab penampilannya bertindik pada hidung, gadis kelahiran Kedah itu berkata, ia sekadar fesyen bagi menjayakan video muzik.

“Tindik di hidung bukan kekal. Hanya ‘mock up’ sahaja. Dalam video muzik, tidak semua babak saya memakai subang hidung,” katanya.

Justeru, Masya tidak terkesan dengan kecaman diterima, sebaliknya menyifatkan ia sebagai satu perkara yang mematangkannya.

“Bercakap soal kecaman, saya berpendapat setiap manusia ada pandangan dan saya menghormatinya.

“Insya-Allah, saya akan memperbaiki penampilan bersesuaian dengan usia pada masa akan datang,” katanya.

 

Aksi romantik Masya dan model video muzik Simpanan turut menjadi bualan ramai. - Foto IG Masya Masyitah
Aksi romantik Masya dan model video muzik Simpanan turut menjadi bualan ramai. – Foto IG Masya Masyitah

 

Mengulas mengenai single Simpanan, juara program Yippi Star Quest pada 2020 itu kembali dengan single baharu selepas setahun.

“Mungkin ramai tertanya mengapa saya mengambil masa lama untuk muncul dengan single baharu. Ini kerana saya tidak mahu menghasilkan terlalu banyak single dan mahu fokus pada sesebuah lagu sehingga betul-betul berjaya.

“Kini, walaupun saya sibuk dengan perniagaan dijalankan, bidang nyanyian tetap menjadi keutamaan kerana ia adalah periuk nasi saya.

“Saya rasakan saya sudah bersedia untuk kembali menghiburkan peminat dengan buah tangan baharu hasil ciptaan komposer popular, Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves,” katanya.

Single Simpanan diilhamkan dari kisah hidup Masya sendiri yang jarang berkongsi kisah peribadi dengan umum, namun, ia dilakukan atas sebab tersendiri.

“Secara kebetulan, kisah single Simpanan pernah terjadi dalam hidup saya. Selepas menginjak dewasa, saya cuba memberanikan diri berkongsi dengan pendengar.

“Bayangkan apabila mencintai seseorang, kita akan mempercayainya sepenuh jiwa, tetapi di belakang, ternyata dia menduakan ibarat dijadikan ‘simpanan’.

“Dan jalan terbaik adalah berpisah dan meminta lelaki berkenaan pergi dari hidup buat selama-lamanya,” katanya.

Video muzik Simpanan dilancarkan dengan menampilkan konsep berbeza, Masya buat kali pertama menari.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat