Apa Ahli Majlis Kajang (Lantikan DAP) Sibuk Di Raub? Tanya Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dedah Datuk Sri Najib Tun Razak di laman Facebooknya, Pengerusi kumpulan Perikatan Selamatkan Musang King (Samka) yang ditubuhkan untuk menentang kerajaan Pahang berhubung isu tanah kerajaan yabg diceroboh untuk membuka kebun durian, ialah seorang pembantu khas ADUN DAP Balakong bernama Wilson Chang Yee Chin.

Wilson juga merupakan ahli Majlis Perbandaran Kajang lantikan DAP, kata Najib.

“Entah kenapa seorang ahli majlis Kajang di Selangor sedang sibuk di Raub, Pahang pula”, soal beliau.

Berdasarkan laman Facebooknyanya (Wilson) kata Najib, terang-terang dia adalah penyokong DAP.

“Inilah sebab rata-rata pemimpin PH dan DAP telah masuk campur termasuk Kit Siang yang telah pun bantah kenapa syarikat usaha sama kerajaan Pahang diberi nama “Royal”.“, jelas Najib lagi.

Dalam artikel bertarikh 30 Ogos itu, Lim Kit Siang dipetik sebagai berkata, “Kita akan menyiasat latar belakang isu ini dan kita akan lihat bagaimana syarikat boleh dipanggil ‘royal’”.

Lim turut berkata, dengan menggunakan nama ‘royal’ ia akan memberi satu persepsi bahawa pekebun durian kini menentang ‘royalty’ (kerabat diraja).

Berdasarkan kenyataan itu, Najib mendakwa, “Ini bermakna jika pun kerajaan Pahang nak berunding, mereka bukanlah berunding dengan pekebun-pekebun durian tetapi berunding dengan DAP”.

“Selagi isu ini dipolitikkan begitu hebat, selagi isu ini amat susah mencapai penyelesaian damai”, katanya lagi.

Najib turut berharap media-media tempatan akan mula menyebut tentang hubungan presiden SAMKA ini dengan DAP/PH apabila mereka melaporkan berita tentang kontroversi pekebun durian Raub.

Pautan asal kenyataan Ahli Parlimen Pekan tersebut boleh dirujuk disini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat