“Senyuman” mengukir detik bermakna: Majlis pelancaran mini drama McDonald’s Malaysia disambut penuh emosi dan inspirasi

McDonald’s Malaysia terus memperkukuh hubungan emosinya bersama rakyat Malaysia dengan pelancaran rasmi siri mini drama terbaharu mereka bertajuk “Senyuman”. Majlis pelancaran yang berlangsung meriah di ibu kota telah mempertemukan barisan pelakon utama, pihak media, serta peminat yang teruja menyambut kehadiran karya pendek tetapi penuh makna ini.

Dalam suasana yang hangat dan mesra, para tetamu yang hadir disajikan dengan tayangan eksklusif kesemua tujuh episod siri mini drama Senyuman, sekali gus memberi gambaran penuh tentang hala tuju kreatif McDonald’s Malaysia yang kini bukan sekadar menumpukan kepada promosi produk, malah memperkukuh hubungan emosi menerusi penceritaan yang menyentuh hati dan mencerminkan kehidupan harian rakyat Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Chin Mei Lee, Senyuman adalah kesinambungan kepada strategi pemasaran yang memfokuskan elemen feel-good dan pendekatan cerita bermakna. Ia merupakan siri ketujuh dalam koleksi mini drama jenama ini, selepas kejayaan kempen seperti “Love at McD”, “Rugi Tau Tak Pakai App McD” dan “Kau Sundaeku”.

Kami komited untuk mencipta detik-detik indah buat rakyat Malaysia. Senyuman bukan sekadar cerita, ia adalah perasaan yang dikongsi, tentang hubungan, keprihatinan dan harapan yang kami ingin sebarkan kepada semua,” ujar beliau ketika berucap di majlis pelancaran.

Siri mini Senyuman dibintangi oleh Jack Tan sebagai watak Ming, seorang pemuda pendiam yang telah lama memendam kesedihan. Manakala Nabila Razali memegang watak June, rakan sekerja yang ceria dan perlahan-lahan membawa cahaya ke dalam hidup Ming. Turut membuat penampilan ialah Lim Jian Wen, pelakon yang dikenali menerusi Ola Bola, menambah kedalaman pada naratif.

Format vertikal yang digunakan dalam siri ini merupakan satu kelainan signifikan. Disesuaikan khusus untuk tontonan telefon pintar, setiap episod berdurasi satu minit sahaja menjadikannya ringkas, padat, tetapi sarat emosi.

Beza sangat bila shooting drama vertikal ni. Kena rapat, kena main emosi dalam ruang yang terhad. Tapi itu jugalah yang buat pengalaman ni unik dan mencabar,” ujar Nabila Razali selepas tayangan perdana berlangsung.

Bagi Nabila, penyertaan dalam Senyuman bukan sekadar tugasan kerja  ia adalah pengalaman yang akan terus menjadi memori istimewa dalam kerjayanya. Tambahan pula, ini merupakan kali pertama beliau terlibat dalam format mini drama pendek secara rasmi bersama jenama besar seperti McDonald’s.

Selalunya kalau kita buat iklan, kita hard sell. Tapi kali ini berbeza… drama ini lebih kepada perasaan, dan kita sendiri yang terlibat dalam menyampaikan cerita itu. Ia sangat menyentuh hati saya sebagai pelakon dan juga sebagai seorang manusia biasa,” ujar Nabila.

Berkongsi mengenai gandingannya bersama pelakon filem Abang Adik, Jack Tan, Nabila tidak menafikan rasa gemuruhnya. “Of course, rasa kecil juga bila digandingkan dengan pelakon berpengalaman besar macam Jack. Tapi dia sangat membantu, sangat rendah diri dan buat Bella rasa selesa. Harapnya penonton boleh nampak chemistry tu dalam drama ni.

Dalam sesi temu bual bersama media, Nabila turut berkongsi sisi peribadinya sebagai seorang ibu muda yang kini sedang aktif dalam kerjaya seni. Anak sulungnya yang kini berusia lebih tujuh bulan menjadi sumber motivasi dan kekuatan buat dirinya terus berkarya.

Bella bersyukur sangat, sebab masih dapat teruskan kerjaya dan dalam masa sama luangkan masa dengan anak dan keluarga kecil. Memang penat, tapi Bella anggap keluar bekerja ni juga satu bentuk rezeki untuk anak. Kita buat semua ni untuk dia juga,” jelasnya sambil tersenyum.

Mengulas tentang rutin harian, Nabila menjelaskan bahawa keluarga memainkan peranan penting dalam membantunya menjaga anak. “Bella lebih selesa bila keluarga sendiri yang jaga anak. Kita ada babysitter juga, tapi lebih tenang bila keluarga pantau sama.

Dengan pelbagai cabaran, latar kehidupan dan momen yang menyentuh hati, Senyuman membawa satu mesej utama bahawa setiap senyuman yang kita kongsikan boleh menjadi titik perubahan dalam hidup seseorang. Ia mengingatkan kita bahawa perkara kecil seperti mengajak rakan makan malam, atau berkongsi sepinggan kentang goreng, mampu membina hubungan dan menyembuhkan luka jiwa.

Siri ini bukan sahaja memperkenalkan strategi penceritaan moden yang segar dan mesra pengguna digital, tetapi juga meletakkan McDonald’s sebagai jenama yang benar-benar memahami dan menghargai emosi rakyat Malaysia.

Jangan lupa saksikan tayangan perdana Senyuman bermula 7 Ogos 2025, jam 8 malam di Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube rasmi McDonald’s Malaysia. Episod baharu akan disiarkan setiap hari sebuah kisah pendek, tetapi mengandungi nilai yang besar untuk dikongsi bersama.

Kerana dalam dunia yang pantas dan sibuk ini, kadangkala satu senyuman kecil mampu mengubah segalanya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat