Umno Ketereh Berpecah Pemimpin Utama Sertai PN, Ramai Lagi Menyusul – Annuar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa malam ini mengumumkan Umno Ketereh ‘lumpuh’ apabila pimpinan utama parti meninggalkan Umno dan memilih menyertai Perikatan Nasional (PN).

Annuar memaklumkan Pengerusi Tetap Umno Bahagian Ketereh, Kamaruddin Said; Ketua Wanita Umno Ketereh, Sabariah Hamzah; Ketua Pemuda Umno Ketereh, Afiq Amani Annuar telah keluar Umno.

Selain teraju utama itu, Annuar juga menyenaraikan 18 orang kepimpinan Umno Bahagian Ketereh yang turut sama meninggalkan Umno.

Bukan itu sahaja, kata Annuar lagi seramai 20 orang ahli jawatankuasa Umno Cabang Tiga Haji Musa juga keluar parti dan ia sekali gus berlakunya pembubaran jawatankuasa di kawasan tersebut kerana peletakkan jawatan secara serentak.

Juga, dimaklumkan seramai 13 tokoh dan pemimpin Umno turut meninggalkan Umno.

Annuar dalam kenyataan malam ini menyatakan, lebih 100 ahli Umno dari pelbagai peringkat kepimpinan bahagian dan cawangan secara sukarela telah meninggalkan Umno untuk menyertai PN.

Annuar berkata, tindakan bekas ahli-ahli Umno itu melepaskan jawatan dan keahlian parti kerana ingin membantu memperkasa dan memenangkan PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

“Pada Selasa, 1 Ogos 2023 dalam ceramah saya di Kok Lanas, saya telah menyebut bahawa akan mengumumkan beberapa kepimpinan Umno bahagian dan cawangan yang akan meletak jawatan.

“Hari ini Jumaat, 4 Ogos 2023 saya ingin memaklumkan bersama-sama saya lebih 100 ahli Umno dari pelbagai peringkat kepimpinan bahagian serta cawangan secara sukarela telah meletak jawatan dalam Umno,” kata Annuar dalam kenyataan malam ini.

Bekas Setiausaha Agung Umno itu juga memaklumkan, turut bersama beliau juga ialah beberapa bekas penjawat awam serta tokoh-tokoh tempatan antaranya bekas Datuk Bandar Ipoh, Datuk Sirajuddin Salleh.

“Semua tokoh tersebut menyatakan sokongan penuh mereka kepada PN dan akan membantu memperkasakan lagi PN bagi memenangi PRN 12 Ogos ini.

“Dianggarkan lebih ramai lagi yang akan berhijrah ke PN dan meninggalkan Umno selepas PRN kelak.

“Saya bersama sahabat-sahabat semua komited untuk meneruskan agenda MN dalam memperkasakan penyatuan ummah dan keharmonian negara berlandaskan Perlembagaan Persekutuan sedia ada serta membangun bersama masyarakat majmuk di seluruh negara,” ujar Annuar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat