Cadangan Baharu HSR Sedang Diteliti MOT Sebelum Dikemuka Kepada Singapura – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Cadangan baharu projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura sedang dibincang peringkat Kementerian Pengangkutan (MOT).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Malaysia akan mengemukakan cadangan baharu berhubung projek HSR akan dikemukakan kepada Singapura selepas dimuktamadkan oleh Kementerian Pengangkutan.

“Itu belum, baru di peringkat kita (perbincangan peringkat kementerian).

“Sebaik sahaja ada keputusan awal, barulah, Anthony Loke (Menteri Pengangkutan) akan membawanya kepada perhatian Singapura,” katanya selepas merasmikan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersilan Malaysia 2023 di Pusat Persidangan dan Acara Connexion pada Jumaat.

Sebelum ini, media melaporkan Singapura belum menerima sebarang cadangan baharu daripada Malaysia berhubung projek HSR.

Bagaimanapun, Menteri Pengangkutan Singapura, Chee Hong Tat berkata, mereka bersedia untuk membincangkan pelaksanaan projek itu dengan Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat